v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah tentang Ma Junjie, Penasihat Psikologi A.S. yang Buka Klinik di Hangzhou China

2008-03-25 15:46:17 CRI

Beberapa tahun kebelakangan ini, Matt Marko telah bertugas di beberapa hospital. Pada tahun 2007, beliau dan beberapa teman bersama-sama membuka sebuah klinik konsultansi psikologi di bandar Hangzhou. Temannya memberi nama bahasa Mandarin Ma Junjie kepadanya. Doktor Ma Junjie mula menjadi terkenal di Hangzhou berkat rawatan perubatan psikologi yang diamalkannya yang bercirikan barat.

Ma Junjie berkata: "Perkhidmatan kami yang bercirikan barat menjamin rahsia peribadi para pesakit. Mereka tidak terganggu atau curiga semasa mendapatkan rawatan perubatan. Ini kerana catatan rawatan mereka tidak dapat dibaca orang lain. Dengan demikian, pelanggan kami berasa selamat dan bersedia melakukan konsultansi rawatan dengan doktor kami."

Ramai yang ingin mendapatkan rawatan perubatan psikologi di kilinik Ma Junjie kerana rahsia peribadi pesakit terjamin. Kebanyakan mereka warga China. Ma Junjie berkata, komunikasinya dengan pesakit tidak terjejas walaupun beliau tidak pandai bertutur bahasa Mandarin. Jika pesakit sama sekali tidak faham bahasa Inggeris, Ma Junjie meminta bantuan daripada penterjemahnya, Guo Wentao.

Ramai pesakit Ma Junjie menyatakan bahawa mereka berasa lega sewaktu mendapatkan rawatan perubatan yang teliti lagi mesra daripada doktor itu.

Guo Wentao, teman sekerja yang juga penterjemah doktor Ma Junjie memberitahu wartawan CRI bahawa Ma Junjie memberi masa secukupnya untuk setiap pesakitnya sewaktu mereka mendapatkan rawatan perubatan.

Beliau berkata: "Ma Junjie bersabar apabila merawat pesakit dan rawatan perubatan itu selalu berlangsung lama. Kami sering memberi kes kanak-kanak kepadanya kerana wajahnya mirip Pakcik KFC yang mesra dan disukai kanak-kanak."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |