Sebelum tahun 1980-an, penduduk China biasanya memakai pakaian yang dibuat di kedai jahit dengan kain yang mereka beli. Pada masa ini, kerana terdapat semakin banyak jenama pakaian dan gaya potongan pakaian juga bertambah, jumlah pelanggan yang menempah pakaian dari kedai jahit semakin berkurangan.
Bagaimanapun, urus niaga di sebuah pasar kain di bandar Hangzhou agak berlainan halnya. Ia semakin berkembang. Hendak tahu mengapa? Sekarang, saya akan menceritakan tentang seorang perantis yang seronok bekerja di kedai jahit, iaitu Zhou Xiaoyan.

Di sebuah pasar kain yang tidak begitu luas di bandar Hangzhou China, wartawan CRI lihat deretan kedai kain yang banyak dengan barangnya diletak di atas meja dengan rapi. Ramai pelanggan berbincang dengan tukang jahit tentang pakaian yang akan dibuat. Mesin jahit beroperasi dengan sibuk sekali.
Kedai jahit "Pakaian Hongye" yang seluas kira-kira 10 meter persegi itu merupakan salah sebuah daripada banyak kedai jahit di pasar tersebut. Peralatan menjahit seperti mesin jahit, gunting, pita ukur serta potongan kain penuh terletak dengan rapi di atas meja. Sesetengah pakaian yang sudah siap dijahit bergantungan di atas palang.

Perantis muda, Cik Zhou Xiaoyan salah seorang petugas di kedai jahit "Pakaian Hongye".
Beliau berkata: "Saya bertugas di sini untuk kerja-kerja asas seperti menerima pesanan, mengukur badan pelanggan, mengubahsuai pakaian yang sudah siap dan menjahit kancing. Walaupun hanya menguruskan kerja-kerja asas, saya seronok bekerja di kedai ini kerana suka dengan fesyen pakaian."
1 2 3
|