v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perantis yang Seronok Bekerja di Kedai Jahit

2008-04-01 15:07:34 CRI

Seperti halnya yang berlaku di kedai "Pakaian Hongye", pelbagai kedai jahit yang lain di pasaran kain Hangzhou juga meningkat urus niaga mereka. Ketua Bahagian Pakaian dan Tekstil Jabatan Ekonomi Hangzhou, Wang Yin memaklumkan bahawa pihak berkuasa Hangzhou, sebagai pangkalan pengeluaran kain sejak sekian lama, giat mengutamakan industri pemprosesan pakaian dalam pembangunan ekonomi di China.

Beliau berkata: "Sejak tahun 2002, pihak berkuasa Hangzhou memperuntukkan 3 juta yuan RMB setiap tahun untuk mendorong perkembangan industri pengeluaran pakaian perempuan. Angka itu ditingkatkan kepada 20 juta yuan RMB setiap tahun sejak tahun 2006 Perbelanjaan tersebut digunakan untuk pelbagai bidang seperti pengajian dasar, pembinaan pangkalan perindustrian dan latihan pekerja. Kami ingin rakyat seluruh negaramengetahui mengenai barangan buatan Hangzhou."

Menurut beliau, pihak berkuasa Hangzhou masih lagi membantu pekerja dalam industri pemprosesan pakaian meningkatkan kemahiran mereka.

Wang Yin berkata: "Kami menyelenggarakan latihan untuk teknisyen dan menyediakan peluang latihan kepada tukang jahit yang dipilih oleh pihak perusahaan. Mereka mengikuti latihan di Institut Teknologi Pakaian Hangzhou. Separuh yuran mereka dibayar oleh kerajaan tempatan jika dapat berkelulusan teknikal vokasional yang diiktiraf oleh Biro Pekerja Hangzhou. China mengamalkan sistem ujian yang ketat untuk tukang jahit bagi memelihara profesyen ini"

Menurut Wang Yin, rancangan latihan yang dianjurkan oleh Lembaga Pakaian Hangzhou tersebut merangkumi semua tukang jahit yang bertugas di perusahaan pakaian di bandar itu. Zhou Xiaoyan menyambut baik rancangan itu dan ingin mendaftar untuk mengikuti latihan tersebut setelah bekerja lama sedikit di kedai "Pakaian Hongye".

Beliau berkata: "Saya hanya ada sedikit kemahiran sahaja pada masa ini. Pada saya, kerja yang dijalanakan sekarang sebagai asas pengetahuan bagi melanjutkan pelajaran pada masa depan."

Zhou bercadang membuka kedai jahit sendiri pada masa yang akan datang. Katanya, beliau bangga setiap kali melihat para pelanggan memakai baju hasil jahitannya.

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |