v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah Yang Xiuping, Pendayung Perahu Wanita di Tasik Xihu

2008-04-15 09:50:28 CRI

Menikmati pemandangan yang indah di Tasik Xihu, bandar Hangzhou China dengan duduk di perahu sambil mendengar nyanyian Opera Yue yang merdu, ini memang satu perkara yang menyeronokkan. Nyanyian tadi dipersembahkan oleh Puan Yang Xiuping yang bertugas sebagai pendayung perahu di Tasik Xihu. Beliau pandai menyanyi Opera Yue.

Pada zaman purba, kebanyakan pendayung perahu wanita di Tasik Xihu mencari rezeki sebagai pendayung disebabkan kesempitan hidup. Perkhidmatan seumpama itu telah lama lenyap. Bagaimanapun, ingatan terhadap pendayung dan lagunya masih segar dalam kenangan. Beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pelancong dan penduduk bandar Hangzhou menyuarakan hasrat mereka bagi dipulihkan kembali perkhidmatan pendayung perahu wanita yang pandai menyanyi dan bercerita sambil mendayung perahu di Tasik Xihu.

Dengan demikian, pada bulan Mei 2006, Syarikat Perahu Persiar Xihu Hangzhou memutuskan untuk mengupah 20 orang pendayung perahu wanita yang dipilih dari seluruh negara. Wanita yang mempersembahkan nyanyian Opera Yue tadi, Puan Yang Xiuping yang mencuba nasib menyertai ujian dan berjaya lulus dalam ujian yang berperingkat dan akhirnya terpilih sebagai pendayung perahu di Tasik Xihu.

Ketika mengenang kembali keadaan pada masa itu, Yang Xiuping berkata: "Saya tidak pernah mendayung perahu dan merasa kerja itu seronok sahaja. Ketika menyertai ujian, saya ditanyai oleh pegawai penyelenggara, bolehkah tahan mendayung, ini kerja meletihkan. Setiap peserta wanita termasuklah saya menjawab serentak dengan suara lantang, 'Boleh!' Setelah beberapa lama bertugas sebagai pendayung perahu, barulah kami merasai pekerjaan ini amat meletihkan."

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |