v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah Yang Xiuping, Pendayung Perahu Wanita di Tasik Xihu

2008-04-15 09:50:28 CRI

Puan Chen Guojuan, seperti juga Yang Xiuping, tertarik dengan pemandangan indah di Tasik Xihu berhijrah ke Hangzhou dari Shaoxing untuk menjadi pendayung perahu.

Chen Guojuan berkata: "Saya menikmati segala kemudahan dan kehidupan selesa ketika bekerja dan tinggal di bandar Hangzhou yang diibaratkan sebagai 'syurga'".

Setelah bertugas selama satu setengah tahun, tidak ada sesiapa pun daripada 20 orang pendayung perahu wanita tersebut yang berhenti kerja. Malah mereka semakin seronok kerana mempelajari banyak kemahiran dan pengetahuan pada masa lapang. Pada masa ini, mereka masing-masing mempunyai suatu kelebihan seperti menyanyi Opera Yue, meniup seruling, main Guzheng (sejenis alat muzik tradisional China) dan bertutur bahasa asing.

Misalnya, Yang Xiuping, selain pandai menyanyi Opera Yue, masih pandai bertutur bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. Pendayung perahu di Tasik Xihu mendapat pujian masyarakat China dan dihormati oleh pelancong kerana kepandaian yang dikuasai oleh mereka. Jabatan Pelancongan Hangzhou menganugerahkannya gelaran "Utusan Imej Pelancongan Hangzhou".

Yang Xiuping berkata: "Kami dianggap sebagai komponen pemandangan yang indah di Bandar Hangzhou, maka patut berusaha sedaya upaya menunjukkan yang terbaik kepada pelancong. Kami selalu menasihatkan mereka yang melakukan perbuatan yang kurang sopan seperti membuang sampah secara sembarangan dan meludah di kapal supaya menjaga tingkah laku. Kami bukan orang yang cantik. Salah stau tugas kami adalah untuk memperelokkan tingkah laku orang ramai yang menggunakan perkhidmatan kami."

Kerana keadaan yang selalu terjemur di luar, Yang Xiuping tidak menganggap dirinya sebagai wanita cantik. Beliau amat terharu ketika mengetahui jawaban pelancong yang menyertai acara meriah dengan Ratu Universe yang melawat Hangzhou pada bulan Ogos tahun 2006.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |