v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ruangan Warnanya

2008-04-29 15:53:55 CRI

Pameran Bersama Pelukis Wanita Dunia Ke-8 yang bertajuk "Ruangan Warnanya" berlangsung di Beijing pada 13 April lalu. Para pelukis wanita dari pelbagai negara di dunia telah menghidangkan pameran berwarna-warni dengan karya lukisan yang menarik mereka kepada warga Beijing.

Pemeran tersebut diadakan di Muzium Seni Kebangsaan China (NAMOC) di Beijing 13 hingga 25 bulan April ini. Seramai 147 orang pelukis wanita dari pelbagai tempat di dunia menyertai pameran tersebut dengan hasil karya terkini. Pengerusi Eksekutif bagi pameran kali ini, Puan Zhao Heng menyatakan bahawa seramai 147 orang pelukis wanita dari 17 buah negara seperti China, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Britain, A.S. dan Jepun telah dijemput untuk menyertai pameran lukisan kali ini. Karya-karya yang dipamerkan termasuk kanvas, catan air, lukisan dakwat China dan arca patung.

Aktiviti Pameran Bersama Pelukis Wanita Dunia dianjurkan oleh Institut Seni Pinang, Pulau Pinang Malaysia dan 7 orang pelukis wanita Malaysia pada tahun 1993. Pengasas aktiviti tersebut dan juga presiden institut berkenaan, pelukis terkenal Malaysia, Puan Yuen Chee Ling semasa ditanya hasratnya untuk menganjurkan aktiviti tersebut berkata: "Sejak tahun 70-an itu, saya ada perasaan sendiri, dan pelukis wanita di Asia itu sensitivity mereka berlainan dengan pelukis lain. Oleh itu, saya ingin mengumpul pelukis wanita di Asia dari Hong Kong, Taiwan…..iaitu kawan saya yang pernah datang ke Malaysia adakan pameran bersama-sama."

Pameran Bersama Artis Wanita Dunia pertama kali diadakan di galeri Akademi Seni Halus Pusat China di Beijing pada tahun 1993. Selepas itu, pameran tersebut diadakan dua tahun sekali dan telah berjaya diadakan tujuh kali setakat kini. Pameran ini sudah mendapat sambutan meriah dan sokongan kuat daripada pihak kerajaan, golongan perusahaan dan pelbagai lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu, pameran ini berkembang ke tahap dunia secara beransur-ansur. Majlis Pelukis Wanita Antarabangsa (INWAC) ditubuhkan di Thailand pada tahun 1999. Puan Yuen Chee Ling menjawat jawatan ketua pengarah majlis tersebut.

Pameran ini sekali lagi diadakan di Beijing pada tahun ini yang merupakan ulang tahun ke-15 aktiviti ini dianjurkan sejak tahun 1993, dengan skala yang lebih besar. Sementara itu tahun ini juga merupakan tahun Sukan Olimpik Beijing.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |