Oleh sebab pameran ini adalah khusus menghidangkan karya pelukis wanita, maka ia telah menarik ramai pelawat wanita. Mereka telah menyatakan rasa kagum dengan hasil pameran ini.
Seorang pelawat wanita yang ditemui berkata: "Tema pameran ini sangat menarik hati saya. Ketika melawat di pameran ini saya dapat mengalami perasaan pelukis wanita dari pelbagai negara di dunia. Selain itu saya juga dapat memahami hasrat mesra mereka terhadap keamanan dunia dari lubuk hati seorang wanita. Pameran ini telah menunjukkan penghormatan tinggi masyarakat terhadap insan yang dipanggil wanita."

Menurut pandangan ahli profesional, kejayaan pameran tersebut bukan hanya disebabkan oleh kehadiran ramai pelukis profesional dan berpengaruh, tetapi juga kerana pameran kali ini telah menunjukkan perubahan besar pandangan dunia dan nilai pandangan wanita. Zaman yang berkembang pesat kini telah memberikan penilaian tinggi dalam bidang kesenian, maka ini merupakan cabaran besar terhadap ramai pelukis, terutamanya bagi pelukis wanita tradisional. Mereka perlu melangkah mengikut perkembangan zaman dan mengubahsuai diri dengan pasaran.
Di samping itu mereka juga perlu berusaha untuk mengekalkan sifat kesenian karya masing-masing. Pameran yang bertajuk "Ruangan Warnanya" ini telah memberikan peluang pertukaran yang berharga untuk memenuhi keperluan tersebut. Puan Yuen Chee Ling menyatakan, dalam pameran ini pelukis pelbagai negara dapat menjalankan bertukar-tukar pandangan dengan lebih mendalam dan mereka telah melakukan resonans baik dengan pelawat-pelawat seluruh dunia melalui saluran kesenian. Selain itu konsep keamanan, keharmonian dan keadilan dapat tersebar secara lebih luas.
----Melur 1 2 3
|