v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk di Daerah Yuzhong Hayati Kehidupan yang Semakin Selesa

2008-05-06 14:42:14 CRI

Daerah Yuzhong merupakan bahagian pusat di bandar raya Chongqing di barat daya China. Ia terletak di persimpangan sungai Yangtze dengan sungai Jialing, iaitu anak sungai Yangtze dan lokasinya serupa semenanjung.

Ekonomi berkembang pesat di Daerah Yuzhong yang riuh rendah dengan ragam manusia menjalankan urusan di bawah bangunan pencakar langit yang indah tersergam. Penduduk tempatan terutama yang kurang bernasib baik seperti penganggur serta kanak-kanak buta dan bisu sangat bertuah kerana mampu menghayati kehidupan selesa.

Pada pukul 8:30 pagi setiap hari, doktor dan jururawat di Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti Daxigou akan mula bekerja. Doktor Liu Luxia sedang merawat seorang warga tua dan menjalankan diagnosis yang teliti terhadap keadaan badannya. Diagnosis tersebut turut dicatat dengan rapi. Liu Luxia sebagai doktor yang bertugas di komuniti itu selalu menangani kes-kes ringan seperti demam dan sakit kepala. Beliau gembira kerana perkhidmatan kesihatan yang tersedia di komuniti itu amat memudahkan kehidupan penduduk.

Beliau berkata: "Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti menyediakan perkhidmatan kepada penduduk komuniti ini dan yang berdekatan. Lokasinya dekat dan penduduk bersedia mendapat rawatan jika dihinggapi penyakit. Kos rawatannya agak murah berbanding hospital besar dan mereka juga dapat menjimatkan kos untuk ke hospital besar. Saya mengenal majoriti penduduk di sini yang mengganggap pusat kami seumpama rumah sendiri."

Para penduduk yang tinggal di sekitar pusat perkhidmatan kesihatan memang telah mendapat manfaat besar. Pada masa dahulu, jika sakit, mereka perlu pergi ke hospital besar bagi mendapatkan rawatan perubatan dan terpaksa melalui prosedur perubatan yang agak rumit. Dengan adanya pusat itu, mereka boleh sampai beberapa minit sahaja dengan berjalan kaki.

Encik Li yang sedang menerima pemindahan ubat cairan kerana demam menjelaskan bahawa pusat perkhidmatan kesihatan komuniti ini indah, rapi dan bersih. Bayaran yang dikenakan munasabah dan taraf perkhidmatannya tinggi.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |