Zhang Zhengde, 52 tahun mula menyanyi pada pukul 11 setiap pagi. Sebagai wakil komuniti, beliau pernah menyertai persembahan kesenian yang dianjurkan oleh pihak berkuasa daerah Yuzhong. Bagaimanapun, ketika menganggur daripada kilang pembuatan pakaian beberapa tahun yang lalu, Zhang Zhengde tidak berasa seseronok seperti sekarang.
Beliau berkata: "Saya mula menganggur pada tahun 1998 dan merasa perit kerana tiada pendapatan harian. Saya mengalami kesempitan hidup dan terpaksa mencari nafkah dengan membuat kerja kecil-kecilan seperti kerja di gudang dan membuat cadar bagi peniaga swasta."

Kerana menganggur, Zhang Zhengde menyebabkan keluarganya jadi susah.
Setelah mengetahui keadaan Zhang Zhengde, kakitangan jawatankuasa penduduk komuniti mengambil dia bekerja sebagai pengawal keselamatan komuniti.
Zhang Zhengde berkata: "Pihak jawatankuasa penduduk komuniti mengambil berat tentang diri saya. Saya berasa ceria kerana mendapat kerja dan pendapatan tetap setiap bulan. Kehidupan saya kini terjamin. Sebelum ini, saya hanya memperoleh pendapatan lebih 300 yuan RMB setiap bulan. Sekarang angka itu meningkat ke 650 yuan RMB. Dan saya masih disediakan perkhidmatan insurans."
Fei Chunxun, pekerja jawatankuasa penduduk Komuniti Baxianyamen yang dihuni Zhang Zhengde menjelaskan bahawa ketiga-tiga keluarga tanpa punca pendapatan di daerah tersebut telah berjaya dibantu.
Beliau berkata: "Kaedah bantuan kami dipercayai agak baik. Mereka pernah mencari bantuan di pejabat kami dan kami juga menjalankan kaji selidik terhadap setiap keluarga yang kehilangan punca pendapatan. Kami berusaha sedaya upaya membantu mereka mendapat pekerjaan jika mereka menganggur."
----DAZHONG 1 2 3
|