Encik Li berkata: "Harga ubat-ubatan yang tersedia di pusat ini lebih murah kira-kira separuh berbanding di tempat lain. Misalnya, sekarang saya menerima rawatan pemindahan ubat cairan, jika mendapatkan rawatan seumpama ini di hospital, saya terpaksa mengalami banyak prosedur yang membosankan. Sekarang saya mendapatkan rawatan di pusat ini yang mengecualikan prosedur pendaftaran dan membolehkan para pesakit mendapatkan rawatan dulu, bayar bil kemudian. Peraturan seumpama itu amat memudahkan pesakit."
Puan Qin Xiaolan, seorang kurang upaya yang miskin. Beliau diminta memegang "Kad Pertolongan Perubatan Daerah Yuzhong" yang berwarna hijau apabila mendapat rawatan di Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti. Sejak tahun 2005, pihak berkuasa Daerah Yuzhong memperuntukkan subsidi perubatan sebanyak 500 yuan RMB kepada penduduk miskin yang tinggal di daerah tersebut. Bayaran pemegang kad yang berwarna hijau itu akan dipotong daripada akaun peribadi apabila mereka mendapatkan rawatan dan penduduk miskin juga dapat menikmati harga yang lebih murah apabila membeli ubat-ubatan.

Qin Xiaolan berkata: "Saya dapat membeli ubat dengan harga yang lebih murah, lebih murah 1/3. Selain itu, Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti juga pernah menghantar doktor ke rumah saya bagi menyediakan perkhidmatan perubatan yang agak baik. Mereka bersabar ketika menjalankan rawatan dan segera bergegas ke tempat kejadian apabila menerima panggilan telefon."

Doktor dan jururawat yang bertugas di Pusat Perkhidmatan Kesihatan Komuniti diberi tanggungjawab bagi mengatur catatan kesihatan penduduk dan mengajar mereka tentang pegetahuan penjagaan kesihatan. Seramai lebih 20 orang doktor dan jururawat di pusat tersebut menyediakan perkhidmatan perubatan kepada seramai lebih 80 ribu orang penduduk. Selain perkhidmatan klinik harian, mereka juga diberi tanggungjawab menjalankan pemeriksaan badan bagi warga emas yang berumur 70 tahun ke atas secara percuma dan mengenakan pelalian pelbagai vaksin untuk penduduk tempatan.
Pihak berkuasa Daerah Yuzhong akan membina lebih banyak pusat perkhidmatan kesihatan komuniti supaya dapat memudahkan penduduk tempatan mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
1 2 3
|