v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Siapkan Tabung Darah bagi Kegunaan Sukan Olimpik Beijing

2008-05-13 15:30:29 CRI

Sukan Olimpik ke-29 yang bakal dirasmikan di Beijing pada bulan Ogos tahun ini merupakan temasya sukan yang terbesar yang diadakan empat tahun sekali di dunia. Selain atlet yang hadir mewakili negara masing-masing, pelancong dan peminat sukan dari pelbagai negara akan membanjiri Beijing ketika itu untuk menyaksikan kemeriahan temasya tersebut. Salah satu komponen dalam persiapan bagi pelaksanaan Sukan Olimpik ialah menyiapkan tabung darah kecemasan yang kumpulan darah negatif RH diambil berat.

Sedia maklum bahawa manusia mempunyai empat kumpulan darah utama, iaitu A, B, AB dan O. Naib Ketua Pusat Darah Persatuan Palang Merah Beijing, Puan Shi Weiwei menjelaskan bahawa selain keempat-empat kumpulan darah yang umum itu, masih terdapat sejenis lagi kumpulan darah yang jarang didapati di kalangan orang yang berkulit kuning, iaitu kumpulan darah negatif RH. Kumpulan darah ini agak kerap didapati di kalangan orang kulit putih di Eropah dan Amerika.

Shi Weiwei berkata: "Hanya terdapat 3/1000 orang yang berkulit kuning yang mempunyai kumpulan darah negatif RH manakala angka itu mencatat 5% di kalangan penduduk etnik Uygur di China. Berbanding dengan keadaan di China, terdapat 15% orang kulit putih di Eropah dan Amerika mempunyai kumpulan darah negatif RH."

Sukan Olimpik Ke-29 akan dirasmikan di Beijing tidak lama lagi. Pada masa itu, ibu negara China akan dibanjiri oleh atlet, pelancong dan ramai warga asing. Menyediakan simpanan darah negatif RH adalah untuk menangani keadaan kecemasan seperti kecederaan atlet semasa berlangsung sukan.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |