v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Siapkan Tabung Darah bagi Kegunaan Sukan Olimpik Beijing

2008-05-13 15:30:29 CRI

Encik Nasser Hussain, seorang guru warga Arab Saudi yang bertugas di Sekolah Arab Saudi di Beijing telah menderma darah di Pusat Darah Palang Merah Beijing. Beliau memberitahu wartawan bahawa sebilangan teman sekerjanya yang mempunyai kumpulan darah negatif RH juga menderma darah bagi kegunaan Sukan Olimpik sebagai tanda sokongan kepada temasya sukan yang terbesar di dunia itu.

Nasser Hussain berkata: "Hanya dengan demikian, barulah saya dapat menunjukkan keikhlasan kepada mereka yang memerlukan bantuan, khususnya atlet yang bakal menyertai pertandingan di Sukan Olimpik."

Demi memenuhi permintaan darah kecemasan semasa pelaksanaan Sukan Olimpik, pihak penganjur bukan sahaja perlu menyimpan darah negatif RH yang berjumlah 200 ribu ml, tetapi juga perlu mengenalpasti golongan sukarelawan yang bersedia menderma darah pada bila-bila masa.

Pada masa ini, Pusat Darah Persatuan Palang Merah Beijing hanya mempunyai simpanan darah kumpulan negatif RH kira-kira 150 ribu ml.

Naib Ketua Pusat Darah Persatuan Palang Merah Beijing, Puan Shi Weiei menjelaskan bahawa pihak hospital mengambil masa yang agak lama apabila menggunakan darah yang dibekukan yang tersimpan dalam tabung. Oleh itu, pihaknya perlu mengenalpasti golongan sukarelawan yang bersiap sedia menderma darah dengan segera.

Bandar Qingdao yang terletak di kawasan pantai di bahagian timur China telah ditetapkan sebagai tempat perlumbaan perahu layar semasa pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing. Golongan penderma darah telah dikenalpasti di bandar itu. Pegawai Pejabat Darah Pusat Qingdao, Encik Chen Tonghua memaklumkan: "Seramai lebih 200 orang yang mempunyai kumpulan darah negatif RH telah dikenalpasti sebagai golongan penderma darah bagi menjamin bekalan darah kecemasan ketika pelaksanaan perlumbaan perahu layar. Mereka bersiap sedia untuk menderma darah pada bila-bila masa apabila mendapat panggilan telefon kami."

Sebelum perlumbaan ujian diadakan di Qingdao pada bulan Mei ini, Pejabat darah Pusat Qingdao akan menyelesaikan penyediaan darah kumpulan negatif RH sekurang-kurangan 8 ribu ml bagi kegunaan kecemasan.

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |