v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita yang Berlaku dalam Bencana Gempa Bumi Sichuan

2008-05-20 13:56:32 CRI

Bencana yang berlaku 12 Mei lalu amat dahsyat. Ramai yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan, tidak diketahui nasib mereka.

Rakyat di seluruh negara berusaha sedaya upaya bagi membantu menyelamat mangsa bencana gempa bumi di Kaunti Wenchuan, Provinsi Sichuan yang paling teruk terjejas. Pada pukul 10.00 pagi 15 haribulan Mei lalu, pasukan penyelamat mengesan seorang gadis yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan berdekatan Pasar Hehuachi di Bandar Dujiangyan. Mangsa tersebut, Le Liuhui telah tertimbus lebih 70 jam sebelum diselamatkan.

Le Liuhui, 22 tahun, bertugas sebagai setiausaha di sebuah pejabat kerajaan tempatan. Ketika gempa bumi berlaku pada petang Isnin itu, beliau mengajak teman sekerjanya untuk membersihkan diri di bilik mandi. Tidak semena-mena beliau merasakan bangunan bergoyang. Belum sempat berbuat apa-apa dan melangkah ke luar pintu, tiba-tiba mereka dihempas siling. Le Liuhui dan teman sekerjanya terus tertimbus dalam runtuhan siling yang bercampur papan simen, batu bata dan genting. Selepas gegaran berakhir, Le Liuhui berasa syukur kerana beliau dan rakannya itu masih bernyawa. Beliau terperangkap. Mereka melapangkan tapak di bawah badannya dengan memindahkan runtuhan sedikit demi sedikit. Walaupun tidak dapat bergerak banyak dan menempuhi halangan, beliau tetap bertenang dan memberi semangat kepada teman sekerjanya, "Jangan takut, kita pasti akan diselamatkan".

Masa berlalu dari hari ke hari, dari jam ke jam dan dari minit ke minit, Le Liuhui tidak berhenti-henti dalam usahanya bagi memberi semangat kepada teman sekerja itu dan menunggu penuh sabar dalam suasana yang gelap pekat. Beliau juga memasang telinga menumpukan perhatian terhadap keadaan di atas runtuhan kalau ada tanda-tanda gerakan menyelamat sampai ke situ.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |