v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita yang Berlaku dalam Bencana Gempa Bumi Sichuan

2008-05-20 13:56:32 CRI

Anggota penyelamat perlu memotong lantai  simen yang menimpa badan Le Liuhui dengan menggunakan alat pateri gas. Ibu dan emak saudara Le Liuhui yang berkejar ke tempat kejadian dari rumahnya, menunggu penuh sabar di luar garis kawalan.

Setelah diberitahu ibu dan emak saudaranya sedang menunggu di luar, Le Liuhui, merasa terperanjat. Riak wajahnya yang ceria tadi segera berkerut menunjukkan rasa bimbang.

Le Liuhui terjerit: "Aduh! Ibu datang ke sini? Saya tak mahu mereka tahu malang yang menimpakan. Saya tak mahu ibu bimbang."

Selepas kerja menyelamat berlangsung selama lebih 6 jam, Le Liuhui berjaya dikeluarkan daripada bawah runtuhan pada 4.00 petang 15 haribulan Mei lalu. Beliau dapat diselamatkan, tetapi teman sekerjanya meninggal dunia selepas dikeluarkan.

Semasa dalam perjalanan ke hospital dengan ambulans, doktor yang memeriksa  Le Liuhui mendapati gadis yang tabah itu seperti biasa saja, tenang dan denyutan urat nadinya stabil.

Ibu Le Liuhui tidak dapat menahan rasa sedih ketika nampak anak perempuannya yang berbaring di atas tandu. Beliau terus menangis dan berkata: "Anakku, buah hatiku, syukur kau sudah selamat, dapat dikeluarkan daripada runtuhan. Mak gembira, amat gembira."

Le Liuhui telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Seorang pakar yang terlibat dalam kerja-kerja menyelamat telah memeriksa keadaan Le Liuhui dan kagum dengan semangat juangnya ketika berhadapan dengan keadaan genting. Beliau menganggap Le Liuhui mempunyai psikologi yang kuat. Keadaannya juga memberi kekuatan kepada anggota penyelamat meneruskan tugas mereka yang kian mendesak.

1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |