v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita yang Berlaku dalam Bencana Gempa Bumi Sichuan

2008-05-20 13:56:32 CRI

Selain itu usaha menyelamat Le Liuhui dan teman sekerjanya, ramai pelajar juga dapat diselamatkan dengan dibantu oleh guru-guru mereka.

Di Sekolah Menengah Juyuan, Pekan Juyuan, Bandar Dujiangyan,15 buah kelas sedang dalam sesi persekolahan apabila gempa bumi berlaku. 15 orang guru sekolah itu segera mengatur para pelajar keluar dengan selamat dari semua pintu. Kebanyakan pelajar dapat dipindahkan ke tempat selamat.

Seorang guru yang bertugas di Sekolah Menengah Juyuan, Wang Zuojun menceritakan kembali keadaan waktu itu.

Beliau berkata: "Guru-guru mengatur pelajar pelajar menyelamatkan diri dan menyuruh mereka cepat-cepat sambil menangani keadaan cemas yang berlaku di bilik darjah. Guru-guru itu menjadi orang yang terakhir keluar daripada bangunan."

Pelajar-pelajar itu semuanya dapat dipindahkan ke tempat selamat dengan panduan guru-guru. Malangnya, 5 daripada guru-guru yang mengatur urusan membawa keluar pelajar itu terkorban.

Wang Zuojun berkata: "Guru yang terakhir meninggalkan tempat kejadian itu terkorban, sementara seorang guru lagi yang terpaksa melompat dari tingkat dua untuk menyelamatkan diri juga terkorban."

----DAZHONG


1 2 3 4

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |