v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Impian Chen Yanhong tentang Sukan Olimpik Beijing

2008-06-03 10:20:25 CRI

Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing 2008, perhatian penduduk China tertumpu kepada temasya sukan yang terbesar di dunia itu juga semakin meningkat. Hari ini, saya akan memperkenalkan seorang "wartawan kanak-kanak" yang menumpukan perhatian besar terhadap Sukan Olimpik Beijing dan menceritakan impiannya mengenai Sukan Olimpik.

"Apa khabar saudara pendengar, nama saya Chen Yanhong. Saya berumur 14 tahun, adalah seorang pelajar di Sekolah Menengah Bayi Beijing. Selain itu, saya bertugas sebagai juruacara bagi Saluran Kanak-kanak Stesen TV Pusat China (CCTV) dan sekali gus bertindak sebagai wartawan kerana kegemaran saya yang beraneka ragam. Saya berharap agar Sukan Olimpik Beijing 2008 berjalan dengan lancar, lebih ramai orang menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan Sukan Olimpik dan menyertai kegiatan yang berkaitan dengannya lebih bagus dan semoga setiap orang menyumbang usaha masing-masing bagi mengindahkan dunia ini."

Chen Yanhong, seorang budak yang bijak lagi cergas mempunyai pengalaman yang pelbagai dalam aktiviti yang disertainya pada masa lapang. Dia pernah menjadi wartawan yang paling muda di China dan bersama wartawan dewasa membuat liputan tentang peristiwa politik China yang penting. Chen Yanhong pernah mewawancara Presiden China dan Duta Besar A.S. di China yang kemudian menjadi teman baiknya.

Semasa menerima pendidikan di sekolah rendah selama 6 tahun, Chen Yanhong bukan sahaja dapat menamatkan pelajaran wajib, tetapi juga mengikuti latihan di institusi muzik, tarian dan perfileman sehingga memperoleh banyak pengetahuan dalam beberapa bidang tersebut. Dengan demikian, Chen Yanhong melayakkan diri menjadi pelakon dalam filem dan drama TV, malah bertugas sebagai juruacara di stesen TV. Dia tidak berasa sombong dengan kejayaan yang mengkagumkan itu. Gadis itu memang dilihat sebagai teladan yang luar biasa berbanding kanak-kanak sebayanya.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |