v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Impian Chen Yanhong tentang Sukan Olimpik Beijing

2008-06-03 10:20:25 CRI

Ayah Chen Yanhong, Encik Chen Longshi berkata, beliau dan isterinya berharap agar anak perempuan mereka mencapai kemajuan secara menyeluruh, baik pada aspek persekolahan, kesihatan mahupun kerohanian.

Chen Longshi berkata: "Kami mengambil kira pendidikan terhadapnya pada tiga aspek, iaitu moral, daya pergaulan dan tabiat berdikari. Ketiga-tiga aspek tersebut bergantung kepada usaha daripada pihak sekolah, keluarga dan masyarakat. Saya dan isteri menumpukan perhatian terhadap pendidikan yang tidak diletakkan tanggungjawabnya kepada pihak sekolah, misalnya, kami mengatur supaya dia mengikuti latihan perfileman, nyanyian dan tarian. Pada masa ini, anak saya sudah berjaya memikul tugas sebagai wartawan kanak-kanak dan juruacara."

Bagaimana ditanam, begitulah dituai. Pada masa ini, Chen Yanhong sudah berkeupayaan menangani kerja-kerja bagi membuat liputan dan wawancara.

Ketika mengenang kembali keadaan mengadakan wawancara buat pertama kalinya, Chen Yanhong berkata: "Saya berasa amat tegang sebelum bermulanya wawancara itu. Tetapi selepas wawancara itu bermula, saya mendapati mereka yang diwawancara bersikap ramah mesra. Barang kali kerana saya masih budak, mereka menunjukkan pendekatan yang saya senangi. Saya tidak berasa tegang lagi dan yakin terhadap diri sendiri. Wawancara pertama yang saya lakukan sepatutnya berlangsung selama 15 minit, tetapi berterusan sehingga lebih satu jam. Boleh dikatakan wawancara pertama itu berlangsung dengan jayanya."

Setelah mengadakan banyak kali wawancara, Chen Yanhong berasa dapat menimba banyak pengalaman dan mulai timbul kesedaran bagi menumpukan perhatian terhadap peristiwa semasa yang penting. Sukan Olimpik Beijing terus menjadi keutamaan perhatiannya.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |