Ketika menceritakan pengalaman mewawancara pegawai penerangan polis dari Delegasi Penganjur Sukan Olimpik China, Wang Shengan, Chen Yanhong berkata: "Encik Wang Shengan bersedia mengetepikan banyak urusan peribadi bagi meluangkan masa untukbercakap usaha menjayakan China dalam penganjuran Sukan Olimpik. Saya terharu dengan keazamannya. Ketika wawancara berlangsung, saya dapat merasai kesediaannya yang luhur bagi memberi sumbangan kepada tanah air. Beliau begitu bersemangat ketika memperkatakan topik Sukan Olimpik. Selepas wawancara itu, beliau membawa saya hadir dalam banyak aktiviti dan pertandingan supaya membantu saya menghayati pengalaman yang beraneka ragam."
Dengan demikian, Chen Yanhong mendapat lebih banyak peluang bagi mengetahui perkembangan kerja-kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing dan berita terkini yang berkaitan dengan temasya sukan yang terbesar di dunia itu. Beliau hendak atas nama golongan pelajar China, mengirim surat undangan kepada 54 duta besar asing dan Pengerusi sekarang dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberitahu yang tanah air mereka melahirkan 649 orang pemenang pingat emas dalam Sukan Olimpik Ke-28 Athens pada tahun 2004.

Surat yang membawa impian Chen Yanhong tersebut telah dikirim ke setiap tokoh berkenaan.
Surat itu berbunyi: "Yang Terhormat Duta Besar, Pengerusi IOC, Pemenang Pingat Emas Sukan Olimpik: saya, pelajar perempuan yang menggemari acara sukan Olimpik, berdoa menjelang kedatangan Sukan Olimpik Beijing ini, semoga anda mencipta kecemerlangan yang luar biasa ketika acara Sukan itu berlangsung. Saya, juga sukarelawan yang akan bertugas semasa Sukan Olimpik Beijing, memohon anda sumbangkan cerita anda yang berkaitan dengan Sukan Olimpik, perasaan anda mengenai Sukan Olimpik atau ucapan anda bagi menggalakkan golongan pelajar kami."
Chen Yanhong kemudian menerima surat balasan daripada pelbagai kedutaan besar asing di China seperti Hungary, Jerman dan Kenya, malah mendapat panggilan telefon daripada Kedutaan Besar Ethiopia dan A.S..

Naib Pengetua Sekolah Menengah Bayi Beijing, Wang Shidong berkata: "Golongan belia perlu berjuang untuk mencapai matlamat seperti yang disebut oleh Duta Besar Hungary di China dalam surat balasnya. Beliau menceritakan seorang atlet negara itu hanya berumur 14 tahun ketika meraihkan pingat emas pertama Sukan Olimpik untuk dirinya pada tahun 1988. Semua surat balasan tersebut berfaedah bagi pelajar sekolah ini dalam perjalannya meningkat dewasa. Ia juga akan menjadi sebahagian komponen sejarah Sukan Olimpik."
----DAZHONG 1 2 3
|