v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persahabatan China-Jerman yang Erat dalam Usaha Menyelamat Pascabencana Gempa Sichuan

2008-06-24 14:34:12 CRI

Dalam siaran baru-baru ini, kami pernah menceritakan seorang bayi yang dilahirkan di hospital sementara China-Jerman yang dibina di kawasan bencana gempa Sichuan. Bapa bayi tersebut yang nama keluarganya "Fang" menamakan anak mereka "Fang Zhongde" kerana kelahiran istimewa bayi tersebut. "Zhongde" itu bermaksud China dan Jerman. Tujuannya adalah untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada kakitangan perubatan dari China dan Jerman dan sebagai memperingati persahabatan yang wujud antara rakyat kedua-dua negara ini.

Bahagian Siaran Bahasa Jerman CRI melihat ini sesuatu yang murni. Bahagian itu turut terlibat dengan menjalin hubungan jangka panjang dengan keluarga Fang Zhongde.

Pada 4 Jun lalu, delegasi CRI yang diketuai Naib Ketua Pengarah,, Puan Wang Dongmei atas nama Bahagian Siaran Bahasa Jerman mengunjungi keluarga Fang Zhongde dengan membawa barangan untuk kegunaan bayi, dana sumbangan pertama sebanyak seribu yuan RMB dan kad dengan tandatangan semua kakitangan Bahagian Siaran Bahasa Jerman CRI.

Pada masa itu, Fang Zhongde, bayi yang baru berumur 4 hari mendapat rawatan sempurna di hospital sementara China-Jerman. Ibunya, Puan Zhang Yan tidak dibenarkan berdiri kerana tubuh badannya yang masih lemah. Di khemah yang berfungsi sebagai wad sementara yang dipasang untuk wanita yang baru bersalin dan anaknya itu, kakitangan perubatan dari kedua-dua pihak China dan Jerman mengadakan upacara ringkas bagi penerimaan sumbangan tersebut.

Dalam upacara ringkas tersebut, Puan Wang Dongmei menyumbang bahan makanan berkhasiat dan angpau sebanyak seribu yuan RMB kepada ibubapa Fang Zhongde. Selepas itu, beliau membaca kad tahniah kelahiran bayi yang ditandatangani oleh semua kakitangan Bahagian Siaran Bahasa Jerman CRI.

"Semoga Zhongde, bayi kecil ini membesar dengan sihat. Hati jantung kami bersama-sama dengan anda sekalian untuk selama-lamanya—tahniah ikhlas daripada Bahagian Siaran Bahasa Jerman CRI."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |