v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persahabatan China-Jerman yang Erat dalam Usaha Menyelamat Pascabencana Gempa Sichuan

2008-06-24 14:34:12 CRI

Fang Zhongde yang dilahirkan pada 31 Mei lalu mendapat perhatian orang ramai. Disebabkan kemusnahan bangunan hospital dan semua bangunan dalam gempa Sichuan, Fang Zhongde terpaksa dilahirkan di khemah khas. Sebelum bersalin, doktor menjalankan pemeriksaan rapi terhadap Zhang Yan. Para doktor mendapati bahawa kedudukan janin dalam tubuh Zhang Yan tidak stabil sehingga menjadikannya tidak mungkin bersalin dengan normal. Maka, pihak hospital memutuskan kelahiran mesti dibuat menerusi pembedahan.

Bagaimanapun, jika melakukan pembedahan ketika menghadapi bencana seumpama itu, kakitangan hospital berdepan dengan kesulitan besar, iaitu ketiadaan tabung darah. Maka, mereka yang mempunyai kumpulan darah yang sama dengan Zhang Yan dikerah menunggu di luar khemah pembedahan, bersiap sedia melakukan pemindahan darah segera jika perlu. Zhang Yan masuk ke tempat pembedahan berdasarkan persiapan yang agak mencukupi.

Kelahiran Fang Zhongde bukan sahaja diberi tumpuan penuh kakitangan perubatan China dan Jerman, tetapi juga mendapat perhatian daripada kakitangan Bahagian Siaran Bahasa Jerman CRI. Selepas mengetahui Fang Zhongde sempurna dilahirkan, Ketua Bahagian Siaran Bahasa Jerman CRI, Sun Jingli atas nama semua stafnya menyampaikan salam tahniah kepada bayi itu.

Beliau berkata: "Bayi itu diberi nama 'Zhongde' yang mencerminkan betapa ibubapanya terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh kakitangan perubatan kedua-dua pihak dan mengenang budi baik mereka bekerjasama dalam proses yang mendebarkan. Pada tanggapan peribadi saya, bayi ini sebagai bukti persahabatan erat China-Jerman. Sebagai pekerja dalam bidang media, kami perlu memikul tanggungjawab sosial seumpama ini. Semoga Fang Zhongde membesar sebagai kanak-kanak yang sihat dan menjalani kehidupan yang bahagia."

Naib Ketua Hospital Huashan Shanghai, Doktor Huang Fengping yang diberi tanggungjawab bagi menangani urusan dalam hospital sementara itu merakamkan ucapan terima kasih terhadap sumbangan CRI. Beliau berpendapat kerjasama mereka itu terlaksana kerana mempunyai semangat bersedia menyumbang kepada masyarakat.

Doktor Huang Fengping berkata: "Kedua-dua pihak mempunyai semangat yang sama sehingga dapat menumpu tenaga terhadap usaha yang sama. Kerja-kerja kami dapat diperluas ke tahap antarabangsa melalui penyebaran siaran CRI. Ini boleh dikatakan menjadi satu contoh kerjasama yang baik bagi kedua-dua pihak antara hospital dan CRI."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |