v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persahabatan China-Jerman yang Erat dalam Usaha Menyelamat Pascabencana Gempa Sichuan

2008-06-24 14:34:12 CRI

Ketua Pasukan Perubatan Jerman menerangkan bahawa Fang Zhongde merupakan bayi pertama yang dilahirkan di hospital sementara China-Jerman. Kelahirannya sesuatu yang istimewa dan memang menakjubkan kakitangan perubatan Jerman dan China.

Beliau berkata: "Biasanya kelahiran bayi pertama dalam hospital khemah sementara mempunyai maksud yang khas kerana kelahiran itu melambangkan harapan. Bagi penduduk di kawasan bencana gempa, kelahiran bayi itu menandakan kehidupan perlu diteruskan dan masa depan tetap cerah. Kami berasa amat gembira selepas diberitahu ibubapa bayi itu memberi nama yang bermaksud 'persahabatan China-Jerman' kepada puteranya. Ini sebenarnya satu penghormatan yang tinggi kepada kami."

Semasa upacara penyerahan sumbangan, ibubapa Fang Zhongde merasa amat terharu sehingga berjejeran air mata.

Ibu Fang Zhongde, Puan Zhang Yan berkata: "Kami amat berterima kasih kepada pegawai dan wartawan CRI yang memberi perhatian khas terhadap bayi saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda sekalian, baik pegawai CRI yang datang ke sini dengan menaiki kapal terbang, mahupun doktor dan jururawat yang menyediakan rawatan sempurna kepada kami. Terima Kasih!"

Pasangan Fang Xu dan Zhang Yan menyatakan, walaupun mereka kehilangan rumah akibat gempa Sichuan, tetapi berbunga semula harapan terhadap masa depan disebabkan kelahiran Fang Zhongde.

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |