v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gan Junda, Doktor yang Bersemangat Gigih dalam Operasi Menyelamat Gempa Sichuan

2008-07-08 16:33:35 CRI

Setelah gempa bumi yang dahsyat melanda daerah Wenchuan, Provinsi Sichuan di bahagian barat daya China pada 12 Mei, Rusia, negara jiran yang rapat dengan China segera menyumbangkan sejumlah besar bantuan yang berjumlah besar dan menghantar skuad penyelamat serta perubatan ke kawasan bencana itu.

Dalam kumpulan tersebut, terdapat seorang pemuda Cina yang dikenali sebagai "Encik Gan Junda". Beliau bertugas dalam skuad perubatan Rusia.

Gan Junda amat menonjol di kalangan kakitangan perubatan Rusia disebabkan dia orang Cina. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian di universiti.

"Xiao Gan", panggilan ringkas kepada Gan Junda sudah menjadi popular di kalangan kakitangan perubatan China-Rusia kerana kefasihan bertutur bahasa Mandarin dan Rusia serta berperanan sebagai penterjemah bagi menggiatkan komunikasi antara pelbagai pihak. Setiap hari, "Xiao Gan" perlu berada antara setiap hospital sementara yang dibina dengan khemah.

Gan Junda, warganegara Rusia yang berumur 25 tahun dilahirkan di bandar Chongqing, China. Pada tahun 1990, beliau mengikut ibubapanya berhijrah ke Rusia. Sebelum itu, bapanya bertugas sebagai profesor veteran di Institut Perubatan Tradisional China Chongqing. Di Rusia, Gan Junda mewarisi kerjaya ayahnya, iaitu mengambil jurusan perubatan di universiti.

Beliau menerangkan aba sebabnya memilih jurusan itu: "Ayah saya berkata kepada saya, seorang lelaki harus memilih kerjaya yang sesuai dengan diri sendiri dan mempunyai masa depan yang cerah, maka beliau menggalakkan saya untuk menjadi doktor. Bukan sahaja ayah saya seorang doktor, semua anggota keluarga saya juga doktor. Jadi, saya boleh mendapat banyak bantuan ketika melanjutkan pelajaran dalam pengajian perubatan, malah dalam mengembangkan kerjaya sebagai doktor pada masa yang akan datang."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |