v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gan Junda, Doktor yang Bersemangat Gigih dalam Operasi Menyelamat Gempa Sichuan

2008-07-08 16:33:35 CRI

Pada 12 Mei lalu, setelah mendapat berita tentang Sichuan yang dilanda bencana gempa, keluarga Gan Junda berasa bimbang dan gelisah, kalau-kalau beliau akan terlibat untuk kerahan tenaga ke kawasan bencana. Gan Junda terbaca surat peliling yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Rusia berhubung arahan supaya kakitangan perubatan dikerah ke China bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa kawasan bencana.

Gan Junda berkata: "Beberapa kali saya mengikuti program TV yang menyiarkan keadaan usaha menyelamat di kawasan bencana. Ramai mangsa berteriak dengan bahasa Sichuan, iaitu loghat kampung halaman saya 'Anakku, buah hatiku! Kau di mana? Aduh, Mak!' Mereka berteriak dengan suara kuat sambil berjejeran air mata yang membuatkan amat saya berasa sedih. Pada waktu itu, saya terfikir patutlah menyumbang sesuatu untuk kampung halaman saya. Selepas mengetahui surat peliling Kementerian Kesihatan Rusia tersebut, saya berasa gembira kerana diberi peluang yang saya tunggu-tunggu itu, untuk menyumbang tenaga dan bakti kepada kampong halaman."

Ibubapanya menyokong keputusan anak mereka itu. Dengan demikian, Gan Junda segera mendaftar nama di Kementerian Kesihatan Rusia. Disebabkan fasih bertutur kedua-dua bahasa Mandarin dan Rusia dan seorang lulusan perubatan, Gan Junda berjaya dalam ujian pemilihan.

Beliau berkata: "Pada waktu itu, saya melihat pemilihan itu sebagai satu penghormatan yang tinggi. Mulanya, saya berasa sedikit tegang sebelum diberi tanggungjawab yang mulia ini. Kemudian, saya memberi semangat kepada diri dan berusaha menyakinkan kemampuan diri. 'Gan, awak boleh! Awak mampu melakukan apa jua kerja. Kehadiranmu di kawasan bencana akan memberi sumbangan kepada mangsa, malah negara China. Usaha itu akan mengeratkan persahabatan dan pertukaran antara China dan Rusia.'"

Pada 20 Mei, yakni hari ke-8 selepas berlaku gempa di daerah Wenchuan, Skuad Perubatan Rusia tiba di bandar Chengdu, ibukota Provinsi Sichuan China. Keesokan harinya, mereka segera membina sebuah hospital sementara di kawasan bencana di Pengzhou dan membantu kerja-kerja menyelamat.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |