v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Gan Junda, Doktor yang Bersemangat Gigih dalam Operasi Menyelamat Gempa Sichuan

2008-07-08 16:33:35 CRI

Disebabkan kefasihannya dalam bertututr bahasa Mandarin dan Rusia, Gan Junda menjadi orang yang paling sibuk di hospital itu kerana beliau bukan sahaja perlu membantu doktor Rusia menanya dan mengesan keadaan pesakit, tetapi juga sebagai doktor saraf, beliau sendiri perlu merawat pesakit. Kadang-kadang, kerjanya berlanjutan sampai tengah malam.

Gan Junda berkata: "Boleh dikatakan keletihan yang saya alami ini tidak terasa. 'Letih' tidak ada dalam kamus hidup saya jika dibandingkan kesengsaraan mangsa yang kehilangan anggota keluarga. Jika memang terasa penat, saya memujuk diri untuk meneruskan tugas ini dengan semangat tabah supaya dapat memberi sumbangan sebanyak mungkin kepada mangsa bencana."

Disebabkan usaha 'Xiao Gan' sebagai penterjemah, doktor Rusia dapat mudah berkomunikasi dengan pesakit China. Teman sekerja Gan Junda yang juga doktor Rusia, Sergey Sozinov memberitahu wartawan CRI: "Kami, kakitangan dari kedua-dua pihak Rusia dan China bekerjasama dengan baik kerana sering dibantu oleh Gan Junda. Beliau menguasai bahasa Rusia dan juga seorang doktor sehingga mampu menterjemahkan masalah perubatan lebih jelas daripada penterjemah yang lain. Beliau memang sangat membantu dalam kerja-kerja kami. Sekarang kami mengekalkan kerjasama itu setiap hari."

Pegawai China yang bertanggungjawab bagi perhubungan dengan Skuad Perubatan Rusia, Encik Zhang Qingdong juga amat menghargai usaha Gan Junda.

Beliau berkata: " 'Xiao Gan' memainkan peranan penting semasa skuad perubatan Rusia menjalankan tugas di China. Beliau diberi tanggungjawab sebagai penterjehmah apabila menangani operasi utama. Beliau memberi kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak. Kami terharu dengan semangatnya yang bersedia mengikut skuad perubatan Rusia pulang ke kampung halamannya menyertai operasi menyelamat mangsa gempa. Kami amat menghargai sumbangannya, bukan sahaja terhadap penduduk kawasan bencana , tetapi juga terhadap persahabatan kedua-dua Negara, China dan Rusia."

----DAZHONG 


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |