Pada masa ini, ratusan ribu sukarelawan mendaftar diri untuk berkhidmat semasa Sukan Olimpik Beijing berlangsung. Pendaftaran tersebut telah ditutup dan para sukarelawan mulai menjalankan tugas mereka di tempat-tempat yang ditentukan.

Di setiap sudut di Lapangan Terbang Ibukota Beijing, wartawan CRI melihat ramai sukarelawan yang berpakaian seragam baju-T yang berwarna merah dan keceriaan terbayang pada wajah masing-masing. Mereka sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan yang ramah mesra kepada penumpang.

Penumpang, "Tumpang tanya, bila kapal terbang ini tiba? Bolehkah anda tolong jek maklumat ini?"
Sukarelawan, "Tunggu sekejap, saya jek segera".

Sukarelawan yang menjawab pertanyaan penumpang tadi ialah Gong Chen, mahasiswi tahun ke-3 yang mengikuti pengajian dalam jurusan Bahasa Perancis, Fakulti Bahasa Asing Institut Bandar Beijing.
Tiga bulan lalu, Gong Chen mendaftar diri memohon sebagai sukarelawan untuk Sukan Olimpik Beijing . Setelah lulus dalam ujian yang diselenggarakan secara berperingkat-peringkat oleh pihak berkuasa, Gong Chen dipilih sebagai sukarelawan untuk bertugas di Lapangan Terbang Ibukota. Tugasnya mengutamakan perkhidmatan maklumat dalam bahasa Perancis kepada penumpang yang bertutur bahasa itu.

Ketika ditanya kenapa memilih lapangan terbang sebagai tapak kerja sukarelawan, Gong Chen menjelaskan, "Saya menganggap tugas sebagai sukarelawan semasa Sukan Olimpik sangat mulia. Beijing memang bertuah kerana berjaya dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan temasya sukan terbesar di dunia. Impian ini memang diidam-diamkan rakyat China selama ini. Temasya sukan yang terbesar di dunia ini membuka peluang kepada saya bagi menggunakan selalu bahasa Perancis."
1 2 3
|