Beliau berkata: "Rakyat China sudah lama mengidam-idamkan Sukan Olimpik dilaksanakan di tanah air sendiri. Saya berpendapat bahawa menganjurkan temasya sukan terbesar di dunia ini akan menjadikan tanah air kami lebih makmur. Walaupun akan bersara dua tahun lagi, saya tetap memutuskan untuk menjadi sukarelawan semasa Sukan Olimpik kerana ia satu hal yang sangat bererti. Saya akan berasa bangga ketika menceritakan pengalaman ini kepada anak cucu saya pada masa yang akan datang."

Puan Li Jianxin mengetahui pelbagai maklumat di Lapangan Terbang Ibukota Beijing kerana selama ini bekerja di sana.

Beliau berkata: "Semasa berkhidmat untuk penumpang, saya mengutamakan bantuan kepada orang kurang upaya dan warga emas. Saya berasa gembira selepas menghantar mereka ke tempat letak kenderaan dan membantu mereka mengangkut bagasi."

Mulai 1 Julai lalu sehingga 30 September nanti, seramai 2,200 sukarelawan bertugas secara bergilir di Lapangan Terbang Ibukota Beijing selama 24 jam setiap hari.
---DAZHONG 1 2 3
|