v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukarelawan yang Bertugas di Lapangan Terbang Ibukota Beijing Semasa Sukan Olimpik

2008-07-22 16:14:32 CRI

Kerja tanya-jawab nampaknya amat singkat, sebenarnya amat rumit bagi para sukarelawan yang pertama kali bertugas di lapangan terbang. Mereka perlu mengetahui maklumat tentang setiap fungsi, perkhidmatan dan sudut di lapangan terbang dan perlu bersikap ramah mesra dalam menjawab pertanyaan penumpang.

Setelah bertugas di lapangan terbang selama beberapa hari, sukarelawan Gong Chen sudah memahami rasa gundah penumpang yang baru tiba dan tercari-cari tempat untuk mendapat sesuatu maklumat.

Gong Chen berkata: "Ramai daripada mereka yang dating bertanya kepada saya sebenarnya, pertama kali menaiki kapal terbang. Mereka berasa panic, fikiran tegang dan boleh lupa apa yang perlu dibuat. Suatu ketika, seorang penumpang bertanya kepada saya 'di mana lif', saya menjawab 'lif di belakang anda'. Beliau bertanya terus 'di mana belakang saya?'. Inilah jadinya kalau seseorang itu panik. Dia seakan-akan keliru, seperti rusa masuk kampong."

Gong Chen memberitahu wartawan CRI bahawa ketika berhadapan dengan penumpang yang berasa panik, pasukan sukarelawan mereka patut membantu penumpang itu supaya bertenang dan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) dan Lapangan Terbang Ibukota Beijing mengambil ramai sukarelawan seperti Gong Chen yang berkeupayaan bertutur bahasa asing. Tujuannya adalah untuk menyambut pegawai, atlet dan pelancong dari luar negara yang tiba ke Beijing semasa pelaksanaan Sukan Olimpik.

Pasukan sukarelawan tersebut perlu memberi perkhidmatan kepada penumpang domestik, lebih-lebih lagi perlu membantu penumpang asing dalam bahasa ibunda mereka.

Gong Chen memberitahu wartawan CRI bahawa oleh kerana beliau daripada jurusan Kesusasteraan Bahasa Perancis, beliau bersedia berkhidmat untuk penumpang yang bertutur bahasa Perancis. Bagaimanapun, beliau akan mengalami kesulitan apabila berhadapan dengan penumpang yang bertutur bahasa Perancis yang pekat dan nadanya berbeza-beza kerana datang dari negara yang berlainan.

Gong Chen berkata: "Kesulitan terbesar yang saya alami ialah menjawab pertanyaan tetamu dari Afrika oleh sebab bahasa Perancis yang keluar dari mulut mereka berbeza dengan bahasa Perancis yang tulen. Maka, saya terpaksa menangkap patah-patah perkataan dalam bahasa Perancis yang bergaya Afrika. Kadang-kadang juga diharapkan mereka memahami bahasa Inggeris. Saya selalu gagal mengelakkan diri daripada buat silap ketika menjawab pertanyaan penumpang."

Gong Chen menganggap pengalaman yang diperoleh semasa bertugas sebagai sukarelawan di lapangan terbang sangat berguna. Ia bukan sahaja berfaedah baginya meningkatkan kefasihan dalam bahasa Perancis, tetapi juga membuka peluang meningkatkan keupayaan berdepan dengan orang yang tidak dikenali dan menangani masalah yang berbeza-beza.

Selain golongan muda seperti Gong Chen menjadi sukarelawan, warga emas Puan Li Jianxin, 58 tahun juga menarik perhatian wartawan CRI. Beliau mempunyai pekerjaan tetap di Pejabat Maklumat Lapangan Terbang Ibukota Beijing dan akan bersara dua tahun lagi. Li Jianxin bertugas sebagai sukarelawan sebagai mengisi masa lapangnya.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |