v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Senyuman Manis Terukir sebagai Imej Murni Bandar Beijing

2008-09-16 10:55:54 CRI

Semasa pelaksanaan Sukan Olimpik Beijing yang berakhir baru-baru ini, kira-kira 1.47 juta sukarelawan bertugas dalam bidang pengelolaan pertandingan, kawalan keselamatan, kelancaran lalu lintas, perkhidmatan untuk media dan perkhidmatan perbandaran awam. Sikap yang ramah mesra dan perkhidmatan yang teliti yang disumbangkan mereka mendapat pujian daripada masyarakat antarabangsa. Dengan demikian, semasa majlis penutup Sukan Olimpik itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menambah acara pada upacara majlis itu dengan penyerahan bunga kepada wakil-wakil sukarelawan.

Sekarang, saya akan menceritakan beberapa kisah sukarelawan yang bertugas untuk Sukan Olimpik Beijing.

"Jika anda mahu bertanya tentang maklumat Sukan Olimpik, sila hubungi talian penting kami: 0086-10-12308, atau, melayari laman sesawang kami: www.2008beijing.cn."

Cik Panthipa Asavatheputhai, 25 tahun, warga Thailand, merupakan sukarelawan di Pusat Telefon Penonton untuk Sukan Olimpik Beijing. Beliau seorang yang berketurunan Cina, melanjutkan pengajian bagi ijazah doctor falsafah dalam jurusan penterjemahan Bahasa China-Thailand di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU).

Panthipa tiba di China pada tahun 2004 dan mula menumpukan perhatian terhadap perkembangan kerja-kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing. Beliau seterusnya mempelajari keadaan di China secara berperingkat-peringkat.

Oleh kerana ramai atlet, wartawan dan pelancong dari negara asing membanjiri bandar Beijing semasa berlangsung Sukan Olimpik, pihak berkuasa China perlu membantu mereka menyelesaikan masalah komunikasi dengan penduduk tempatan. Maka, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat sukarelawan yang pandai bertutur bahasa asing.

Panthipa terpilih menjadi sukarelawan pada tahun 2008. Beliau berasa amat bangga dipilih sebagai sukarelawan untuk Sukan Olimpik Beijing.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |