v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Senyuman Manis Terukir sebagai Imej Murni Bandar Beijing

2008-09-16 10:55:54 CRI

Panthipa Asavatheputhai berkata: "Saya amat menghargai peluang ini, iaitu menjadi sukarelawan Sukan Olimpik semasa melanjutkan pengajian di Beijing. Ramai kawan-kawan warga China berasa kecewa kerana gagal terpilih. Malah ada juga kawan-kawan warga asing yang membuat keputusan melanjutkan pengajian ke Beijing supaya dapat melepasi prosedur permohonan sebagai sukarelawan Sukan Olimpik, juga gagal terpilih. Maka, saya amat menghargai kesempatan yang diberikan ini."

Selain siswa-siswi yang merupakan majoriti sukarelawan untuk Sukan Olimpik Beijing, warga asing, orang Cina dan warga China yang berhijrah ke luar negara juga diterima sebagai komponen kumpulan tersebut.

Cik Wang Fang yang baru menamatkan pengajian di Universiti Bath Britain pada bulan Jun lalu diundang menjawat jawatan Penolong Ketua Kontinjen Britain. Semasa pelaksanaan Sukan Olimpik, Wang Fang sibuk dengan tugasnya. Beliau perlu melayani pertanyaan ramai pegawai dan wawancara media setiap hari. Biasanya lewat pukul 10.00 malam, Wang Fang baru selesai kerja dan pulang. Beliau tiba di rumah sewanya selepas perjalanan selama sejam.

Walaubagaimanapun, hal itu tidak menjadikannya serik. Beliau sebaliknya berasa bangga sebagai warga China dapat bergaul dengan anggota Kontinjen Britain dan sukarelawan asing.

Wang Fang berkata: "Saya bertanya kepada Ketua Kontinjen Britain tentang pandangannya terhadap majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing. Beliau menjawab bahawa majlis ini merupakan yang terbaik berbanding sukan Olimpik yang lalu yang beliau sertai. Saya berasa gembira selepas mendengar pandangannya. Beliau sentiasa memuji Perkampungan Sukan Olimpik Beijing yang pada tanggapannya, terbaik antara 12 perkampungan sukan Olimpik yang beliau telah saksikan. Ini beliau nyatakan pandangannnya kepada mana-mana jua badan media yang mewawancaranya."

Selain sukarelawan yang menangani hal ehwal pertandingan, ramai juga sukarelawan berdaftar untuk menyediakan perkhidmatan maklumat perbandaran. Mereka diperlukan bertugas di tepi jalan, lapangan dan pekarangan supaya memudahkan orang awam mendapat perkhidmatan yang diperlukan.

Terdapat satu pos perkhidmatan sukarelawan di sebelah pintu depan Taman Hiburan Shijingshan di bahagian barat bandar Beijing. Sukarelawan yang bertugas semuanya siswa-siswi yang purata suia belum sampai 21 tahun.. Mereka bertugas dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |