Kata mereka: "Sukan Olimpik dilihat sebagai perkara besar bagi bangsa China. Kami bangga dapat menjadi sukarelawan untuk bertugas pada temasya sukan berprestij ini."
"Kami menghargai penghormatan diberi tanggungjawab sebagai sukarelawan untuk berkhidmat kepada Sukan Olimpik."
"Tugas ini memang meletihkan, tetapi kami berasa seronok."

Bekas johan Wushu pada peringkat kebangsaan China, Puan Wu Min, juga dipilih menjadi sukarelawan. Beliau pernah bersama dengan Jack Lee mengikuti latihan dalam Skuad Wushu Negara dan mahir dalam silat tinju serta pedang. Pada tahun 1996, Wu Min berhijrah ke Jerman kerana mendapat pekerjaan sebagai jurulatih Wushu sebuah kelab di Berlin. Beliau bersama suaminya memohon menjadi sukarelawan untuk menyediakan perkhidmatan penterjemahan.
Wu Min berkata: "Saya tidak begitu sihat kerana gagal menyesuaikan diri dengan iklim di Beijing setelah berada di luar negara sejak sekian lama. Kami perlu bangun pada pukul 4.30 subuh dan bersiap untuk ke gelanggang. Dua hari selepas itu, saya mengalami batuk-batuk dan terus demam."
Seorang warga emas, Chang Fuzhi, 66 tahun juga diterima sebagai sukarelawan bagi Sukan Olimpik Beijing. Untuk memudahkan tugasnya menyediakan maklumat kepada pejalan kaki, beliau mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa isyarat tangan.
Chang Fuzhi berkata: "Saya mencintai Sukan Olimpik dan bersedia membantu orang mengenainya. Bertugas sebagai sukarelawan dapat merealisasikan hasrat ini. Saya sudah melakukan persiapan yang mencukupi untuk memberi sumbangan kepada Sukan Olimpik Beijing, misalnya menguasai pengetahuan penyelamatan semasa kecemasan, mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa isyarat tangan."
----DAZHONG 1 2 3
|