v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah tentang Seorang Insan Kurang Upaya Berhati Mulia yang Selalu Membantu Orang yang dalam Kesusahan.

2008-09-23 11:30:46 CRI

Di Bandar Baotou, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di bahagian utara China, jika ada orang bertanya tentang Pengurus Syarikat Perdagangan Barangan Aixin Bhd., Encik Shen Fucai, selalu dijawab oleh penduduk tempatan dengan menunjukkan ibu jari. Encik Shen Fucai yang cacat penglihatan, giat membantu orang senasibnya, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak yang tidak berpeluang bersekolah sejak 6 tahun lalu.

Shen, 57, tinggal di sebuah rumah dua bilik yang luasnya kurang 50 meter persegi. Tapaknya terletak di bahagian tenggara dalam lokasi syarikatnya. Beliau dan isterinya selalu dikunjungi rakan-rakan orang kurang upaya. Orang ramai memang tidak menjangka bahawa seorang pengurus yang menangani sebuah syarikat yang aset tetapnya berjumlah jutaan yuan RMB, menghuni di rumah yang  kecil lagi ringkas

.

Isteri Shen, Puan Jia Shuzhen memberitahu wartawan dari CRI:

"Suami saya mengendalikan semua urusan kewangan dalam keluarga. Beliau seorang yang sangat berjimat, tidak suka membazir membazir dan juga tidak memberi wang lebih daripada perbelanjaan yang diperlukan oleh anggota keluarga. Suami saya sudah kaya sekarang. Anggota keluarga kami menyokong beliau menyumbang derma dengan tidak mengira siapa penerimanya."

Sesekali terdengar keluhan si isteri ini.

Keluhan Jia Shuzhen terhadap suaminya dirasai oleh wartawan kerana suaminya terlalu berkira terhadap perbelanjaan di rumah, sebaliknya mengeluarkan sumbangan untuk menderma kepada orang lain. Bagaimanapun, beliau memahami perbuatan suaminya itu dan tetap menyokong kusahanya selepas berpuluh-puluh tahun hidup bersama.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |