Pada tahun 1982, segala-galanya bermula apabilan Shen Fucai membawa isteri dan anak perempuannya berhijrah ke bandar Baotou. Beliau kemudian menjadi ketua pasukan projek pembinaan kerana rajin bekerja. Tetapi, malang menimpanya pada tahun 1987 yang mengubah hidupnya. Cermin matanya tiba-tiba pecah dan serpihan kaca terkena kedua-dua matanya. Selepas sembuh, dia kehilangan daya penglihatan. Untuk meneruskan kehidupan, Shen mula berniaga secara kecil-kecilan.
Oleh sebab cacat penglihatan, Shen selalu kena tipu semasa berniaga. Ini menguatkan azamnya beliau memutuskan hendaklah mengembangkan urus niaganya supaya mampu membantu golongan OKU.
Pada bulan Julai 1997. Shen menubuhkan Syarikat Perdagangan Caifuda Bhd. dengan menggunakan modal sebanyak 50,000 yuan RMB yang diperoleh selepas menjual rumahnya.

Setelah mendapat bantuan daripada Persatuan OKU Bandar Baotou, Shen dapat menggaji ramai OKU yang rajin bekerja. Pada tahun 2001, syarikatnya ditukar nama kepada Syarikat Perdagangan Barangan Aixin Baotou Bhd. dan perniagaannya berkembang maju.
Beberapa tahun selepas itu, Shen menjadi pengurus besar yang memiliki kekayaan sebanyak jutaan yuan RMB. Semasa diwawancara, Shen memberitahu wartawan bahawa beliau tidak melupakan bantuan yang diberi kerajaan sehingga beliau berjaya kini.
1 2 3
|