Shen Fucai berkata: "Saya berbeza dengan usahawan lain. Mereka melakukan urus niaga dengan bergantung kepada kemampuan sendiri. Saya melakukan urus niaga dengan bergantung kepada dasar keutamaan kerajaan dan bantuan yang disediakan Persatuan OKU. Maka, saya patut membalas budi masyarakat dengan mengembalikan keuntungan yang saya peroleh, membayar cukai dan tidak melupakan golongan OKU yang hidup di sekitar tempat tinggal saya."
Shen berjanji kepada Persatuan OKU Bandar Baotou bahawa beliau akan mengambil separuh daripada keuntungan yang diperolehnya untuk membantu mereka yang mengalami kesukaran hidup. Pada tahun 2002, beliau menggunakan 1,500 yuan RMB untuk membantu bekas johan angkat berat Sukan Paralimpik, Luo Zhiqiang membuka satu pusat latihan urut OKU.
Selepas itu, Shen mula memberi sumbangan derma secara berterusan kepada masyarakat.
Seorang yang kurang upaya, Encik Wang Zhongmei berhijrah ke Baotou setelah diberitahu tentang keadaan Shen Fucai yang ramah mesra dan bersedia membantu orang, beliau mencari rumah Shen dan menyatakan hasratnya mahu memohont bantuan.
Encik Wang Zhongmei berkata: "Pengurus besar Shen bertanya kepada saya apa kerja yang saya mahu lakukan. Setelah diberitahu urusniaganya melibatkan pengumpulan logam untuk kegunaan kitar semula, saya memberitahunya saya ingin membuka kedai peralatan besi dan memerlukan modal sebanyak 2,000 yuan RMB. Kemudiannya, Shen membantu saya membuka satu kedai peralatan besi. Urus niaga kedai ini terus berkembang maju tahun demi tahun. Shen telah memberikan bantuan besar kepada saya dalam memajukan perniagaan. Saya memang berasa takjub kerana beliau seorang yang buta tetapi dapat menubuhkan syarikat yang besar."
Pada tahun 2007, Shen Fucai membelanjakan ramai OKU di bandar Baotou bagi menerima pemeriksaan kesihatan, selain memberi pencen dan membeli insurans pengangguran untuk mereka. Perbelanjaan seumpama itu menjadi ditanggungjawabnya tahun berikutnya. Shen juga menyumbang derma membantu seramai lebih 120 orang pelajar miskin di Baotou bagi membiayai persekolahan mereka. Dari tahun 2002 hingga masa ini, Shen telah menyumbang derma hampir sejuta yuan RMB dalam usaha membantu golongan OKU dan keluarga miskin.

Pada tahun 2007, Shen Fucai dipilih sebagai Tokoh Gemilang Usaha Kebajikan Umum China dan usaha dan amalnya turut menjadi tumpuan media.
Syarikat Aixin milik Shen Fucai merupakan syarikat yang mengutamakan kakitangan OKU diberi hak khas bebas daripada dikenakan cukai mengikut dasar keutamaan negara China. Tetapi, Shen Fucai tetap membayar cukai sebanyak purata 600,000 yuan RMB kepada kerajaan setiap tahun. Pada masa ini, 32 kakitangan daripada keseluruhan 50 orang dalam syarikat milik Shen adalah OKU.
Beliau memberitahu wartawan: "Saya bercadang membina sebuah rumah orang-orang tua untuk golongan OKU. Jika jadi, saya mahu rumah itu diesahkan kerajaan. Saya telah berjanji kepada 32 OKU bahawa pencen mereka akan tetap berjalan seperti biasa pada masa ini mahupun setelah saya meninggal dunia."
----DAZHONG 1 2 3
|