v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rakyat Baotou Giat Melindungi Kawasan Paya

2008-09-30 09:16:50 CRI

Kawasan paya di sekitar sungai Kuning yang mengalir melalui Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di bahagian utara China berperanan penting sebagai pengawal ekologi alam sekitar. Wujudnya berfaedah bagi iklim tempatan dan kebersihan udara di Baotou, bandar industri yang terbesar di Wilayah Autonomi Monglia Dalam.

Pihak berkuasa Baotou telah membuat keputusan bagi memperuntukkan 10 bilion yuan RMB dalam usaha melindungi kawasan paya. Projek ini dikenali sebagai "Projek Perlindungan Paya Sungai Kuning" yang bukan sahaja berfungsi mengukuhkan benteng di kedua-dua belah sungai Kuning, tetapi juga dapat memperbaiki ekologi alam sekitar di kawasan aliran sungai itu.

Kawasan paya diibaratkan sebagai "Buah Pinggang Bumi" sejak sekian lama. Penduduk yang menghuni di bandar-bandar yang mempunyai kawasan paya dapat menikmati faedah besar kerana kawasan seumpama itu bukan sahaja memudahkan manusia memperoleh bahan makanan, bahan mentah pertanian dan sumber air, tetapi juga berfungsi bagi menyelaraskan keseimbangan ekologi, mengekalkan kepelbagian biologi, menakung banjir untuk kegunaan musim kemarau, mengurangi pencemaran dan memperbaiki iklim.

Bandar Baotou mempunyai kawasan paya seluas lebih 36,000 hektar menurut statistik terkini. Hampir 30,000 hektar daripada angka tersebut terletak di kedua-dua tebing sungai Kuning yang sepanjang 220 kilometer di wilayah Baotou. Keadaan di kawasan paya di bandar itu kurang memuaskan pada masa ini. Difahamkan bahawa sebahagian besar kawasan paya diduduki rakyat tempatan bagi membuka kilang batu bata, kolam pemeliharaan ikan dan restoran. Pada bulan Mac tahun 2008, pihak beruasa Baotou memutuskan untuk membaik pulih persekitaran di kawasan paya menyusuli sungai Kuning. Pada 1 haribulan April tahun ini, pengkuat kuasa mula membanteras semua kilang batu bata, kolam ikan dan bangunan yang dibina secara haram dalam lingkungan sekilometer dari benteng sungai.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |