Selepas tindakan pembantersan dijalankan, semua bangunan yang dibina secara haram telah diroboh dalam bunyi operasi traktor penyodok. Ini dilihat sebagai tanda permulaan kempen bagi melindungi kawasan paya di Baotou. Naib Ketua Daerah Jiuyuan bandar Baotou, Puan Wang Xiulian memaklumkan kepada wartawan CRI bahawa bangunan yang dibina secara haram mesti diroboh bagi menjayakan kempen perlindungan kawasan paya sungai Kuning.

Wang berkata: "Semua bangunan yang dibina secara haram akan diroboh semasa pelaksanaan tindakan kali ini."

Aliran sungai Kuning sepanjang 220 kilometer dalam wilayah Baotou. Sungai itu mengalir dari barat ke timur melalui beberapa daerah di Baotou. Maka, kerajaan tempatan mengalami kesulitan semasa menggubal perancangan keseluruhan dalam usaha melindungi kawasan paya sungai Kuning.
Ketua Jabatan Hal Ehwal Daerah, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Bandar Baotou, Encik Wang Xiaoping berkata: "Kami perlu menjalankan tindakan mengikut perancangan induk. Dengan wujudnya perancangan, kami dapat menetapkan matlamat yang jelas bagi menggunakan setiap inci tanah dan membina setiap tapak pemandangan."
Pada masa ini, Projek Perlindungan Kawasan Paya Sungai Kuning berjalan dengan lancar. Walaupun baru bermula, projek itu telah mencapai kesan.
1 2 3
|