Ketua Pusat Perlindungan dan Pengelolahan Kawasan Paya Baotou, Encik Yang Yongming memberitahu wartawan CRI bahawa burung-burung yang berhijrah ke Baotou pada musim bunga tahun ini bertambah dengan ketara berbanding tahun-tahun lalu, baik jumlah mahupun jenisnya. Burung liar yang berterbangan secara berkelompok seperti Itik Chima, Ayam Mai dan Burung Bailu mendinamikkan suasana ceria di kawasan paya sungai Kuning.
Yang berkata: "Jumlah binatang liar meningkat dengan cepat ketika ini. Sebanyak lebih 30,000 ekor Undan Besar antara burung-burung yang berhijrah pada musim bunga tahun ini. Angka itu memang bertambah dengan ketara berbanding tahun-tahun lalu. Selain itu, jumlah burung-burung lain juga meningkat."
![]( /mmsource/images/2008/09/18/paya.Baotou01.jpg)
Pada bulan April tahun ini, kerajaan pusat China dan kerajaan tempatan Wilayah Mongolia Dalam mengesahkan pembinaan kawasan paya sungai Kuning dalam wilayah Baotou sebagai Zon Perlindungan Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan. Lingkungan yang sepanjang 220 kilometer dan selebar kira-kira 4 kilometer itu dikenali sebagai "Tiga Kawasan, Satu Koridor, Banyak Tapak Pemandangan".
Oleh sebab bandar Baotou terletak di kawasan setengah kering, kawasan paya yang begitu luas memang berharga bagi penduduk bandar itu.
Wang Xiaoping menggambarkan pemandangan indah di kawasan paya sungai Kuning: "Terdapat 37 jenis burung air menghuni di kawasan paya ketika ini. Misalnya, Bangau Danding dan Burung Shuiguan yang jarang terjumpa di kawasan bandar. Pada musim ini, iaitu musim gugur, Rumput Luwei yang berbuluh halus menjadi warna kuning dan berbunyi apabila ditiup angin, pemandangannya seumpama ladang gandum dan lebih-lebih lagi indah setelah turun salji pada musim sejuk nanti."
![]( /mmsource/images/2008/09/18/paya.Baotou07.jpg)
Penduduk tempatan di bandar Baotou juga menanti-nantikan pemandangan yang indah setelah Zon Perlindungan Kawasan Paya selesai dibina pada masa yang akan datang.
"Kami boleh melancong ke sana untuk bersiar-siar. Pembinaan zon itu akan memanfaatkan rakyat."
"Pastinya saya akan mengunjungi tempat itu bagi menikmati pemandangan alam yang indah dan bernafas dalam udara yang segar. Jika alam sekitarnya dibaik pulih, kesemua penduduk sini ingin mengunjungi tempat itu."
![]( /mmsource/images/2008/09/18/paya.Baotou05.jpg)
Pembinaan Zon Perlindungan Kawasan Paya Sungai Kuning di wilayah Baotou telah dimulakan. Kita berharap agar impian rakyat dapat direalisasikan, iaitu menghuni di bandar yang dibina seperti taman, udaranya bersih dan airnya jernih.
----DAZHONG 1 2 3
|