v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Warga Emas yang Berhati Mulia Membantu Kanak-kanak Tanpa Penjagaan Ibubapa

2008-10-07 09:42:50 CRI

Seorang warga emas yang dikenali "Datuk Wang Zhi" tinggal di Kaunti Jing, Provinsi Anhui di bahagian tengah China. Kaunti itu terletak di kawasan pergunungan yang diselimuti hutan purba. Dengan tidak berkira usia lanjutnya, Wang Zhi mengeluarkan bantuan yang mesra kepada kanak-kanak tanpa penjagaan ibubapa di kawasan desa yang dihuninya. Kasih sayang yang dihulurkan Wang Zhi memang menakjubkkan.

Datuk Wang Zhi sudah berumur 75 tahun. Pada tahun 1994, beliau bersara daripada jawatan Naib Ketua Balai Budaya Kaunti Jing Anhui dan pulang ke kampung halamannya di Kampung Gufeng, Pekan Changqiao. Oleh sebab hafaz pengetahuan undang-undang, Wang Zhi diundang pos polis tempatan sebagai penasihat di segi undang-undang bagi membantu pihaknya menangani kes-kes jenayah remeja.

Semasa pelaksanaan tugas itu, Wang Zhi mendapati bahawa terdapat semakin ramai kanak-kanak tanpa penjagaan berikutan ibubapa mereka berhijrah ke bandar mencari rezeki. Kanak-kanak yang mengalami keadaan seumpama itu kekurangan penjagaan dan kasih sayang sehingga menyebabkan hasil pelajaran mereka tidak memuaskan dan selalu menunjukkan tingkah laku yang tidak beradab, malah melakukan kes kecil yang melanggar peraturan keselamatan am.

Wang Zhi berkata: "Oleh sebab kekurangan pengetahuan tentang kemajuan zaman dan perkembangan sosial, datuk nenek mereka yang sudah lanjut usia susah melakukan komunikasi dan bergaul dengan kanak-kanak tersebut sehingga gagal menjaga mereka dengan baik. Sedangkan pihak sekolah hanya bertanggungjawab menjaga mereka semasa bersekolah dan tanggungjawab itu terlepas apabila persekolahan berakhir. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut mempunyai masa 2/3 daripada sepanjang hari sebagai masa lapang yang dapat digunakan mereka diri sendiri."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |