Setelah mendapati keadaan tersebut, Wang Zhi berasa sakit hati dan kebimbangannya meningkat. Berdasarkan pengalaman kerja di peringkat akar umbi dalam bidang urusan budaya, Wang Zhi berpendapat bahawa kanak-kanak ibarat semai, akarnya tepat bertumbuh, barulah dapat besar menjadi pokok yang elok, iaitu pendidikan terhadap kanak-kanak perlu ditumpukan perhatian secara tepat.

Dengan demikian, Wang Zhi memutuskan untuk membina sebuah pusat perkhidmatan untuk kanak-kanak tanpa penjagaan ibubapa dengan menyediakan bantuan di segi pelajaran dan kehidupan harian.
Pada musim panas tahun 1998, Wang Zhi bersikap cuba-cuba mengendalikan sekali kem musim panas yang disertai lebih sepuluh kanak-kanak. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan mereka melakukan kerja rumah dan hobi. Kesannya tercapai apabila aktiviti itu ditamatkan. Pada tahun berikutnya, Wang Zhi memperluas lingkungan kem musim panas itu dengan menampung lebih 100 orang kanak-kanak kerana ibubapa mereka yakin dan menyokong usaha yang dilakukan Wang Zhi.

Berdasarkan pengalaman yang ditimba semasa pelaksaaan kem musim panas untuk dua kali, Wang Zhi amat digalakkan. Pada tahun 2001, atas bantuan dan sokongan daripada kerajaan tempatan serta anggota keluarganya, beliau menggunakan bangunan di satu kilang yang terbiar membuka satu pusat perkhidmatan untuk kanak-kanak tanpa penjagaan ibubapa dengan perbelanjaan peribadinya berjumlah berpuluh ribu yuan RMB.
Pusat Perkhdimatan Kanak-kanak tersebut dikelolah secara tertutup mengikut peraturan yang ketat. Kanak-kanak peserta perlu mengikuti kursus belajar dengan sendiri pada sebelah pagi dan malah, mengikuti sistem belajar, berehat dan tidur yang ditetapkan dan mendaftar nama apabila masuk dan keluar dari pusat itu. Keselamatan waktu malam di pusat itu terkawal dengan dijaga kakitangan secara bergilir. Pusat itu telah menggaji lima orang guru untuk membantu kanak-kanak di segi persekolahan dan empat orang pekerja lagi untuk mengendalikan urusan logistik. Kemudahan dan kelengkapan yang beragam macam disediakan di pusat itu yang meliputi perpustakaan, komputer, mesin kopi, mesin cetak, kamera video, catur dan bola.
1 2 3
|