v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Warga Emas yang Berhati Mulia Membantu Kanak-kanak Tanpa Penjagaan Ibubapa

2008-10-07 09:42:50 CRI

Pada setiap bulan, pihak penganjur pusat itu akan mengadakan penilaian terhadap kanak-kanak peserta dan menganugerahi mereka yang mencapai hasil cemerlang dengan hadiah dan bonus. Selain menyediakan bantuan di segi pelajaran, pihak penganjur pusat itu juga membantu kanak-kanak mengembangkan hobi yang berbeza-beza supaya mengisi masa lapang mereka dengan cara yang bermanfaat.

Seorang peserta perempuan , Liu Dan, 16 tahun, sudah lama tinggal di pusat perkhidmatan kanak-kanak tajaan Wang Zhi. Ibubapa Liu Dan sudah meninggalkan kampung mereka dalam tempoh sekian lama kerana mendapat pekerjaan di tempat lain. Ibu kepada Liu Dan, Puan Bai Xiaohong berkata: "Keselamatannya terjamin jika tinggal di sini. Anak saya sudah besar, usianya sudah 16 tahun. Kami sebagai ibubapa kepadanya bimbang jika dia mengalami masalah yang macam-macam. Selepas dihantar ke pusat ini, anak saya mendapatkan penjagaan baik di segi pelajaran mahupun di segi keselamatan. Jika tetap tinggal di rumah sendiri seperti masa dahulu, dia perlu mengayuh basikal sepanjang kira-kira 3 kilometer untuk tiba di sekolah. Kami bimbang keselamatannya sepanjang perjalanan tersebut."

Liu Dan sudah menamatkan persekolahannya di sekolah menengah rendah dan memulakan persekolahan peringkat sekolah menengah tinggi di pekan pada September lalu. Ketika mengatakan rasanya semasa tinggal di pusat perkhidmatan kanak-kanak, Liu Dan menganggapnya sebagai kenangan yang seronok.

Liu berkata: "Padahal, kami dapat menikmati kehidupan yang baik semasa tinggal di sini. Saya dapat mengenali ramai kawan dan kami saling membantu dan mudah memahami masalah yang wujud antara satu sama lain. Kami bukan sahaja bersama-sama membincangkan masalah persekolahan, tetapi juga melakukan perbualan mengenai masalah peribadi dalam suasana yang mesra. Rasanya seolah-olah berada di rumah sendiri."

Seorang lagi peserta perempuan yang mengikuti program di pusat kanak-kanak, Zhu Wenzhi telah lulus ujian bagi melayakkan diri melanjutkan pengajian di peringkat universiti. Sebelum diterima pusat kanak-kanak, Zhu Wenzhi selalu tertinggal pada aspek persekolahan. Setelah berpindah ke pusat kanak-kanak, dia cepat mencapai kemajuan disebabkan kehidupan harian teratur dan kaedah pelajarannya amat diperbaiki.

Wang Zhi berkata: "Terlebih dahulu, saya mengajar mereka tentang peradaban dan moral, seterusnya kaedah bagi meningkatkan hasil persekolahan. Saya mengambil kira usaha terhadap kedua-dua aspek tersebut dan akan mengkritik mereka yang membuat kesalahan. Sebaliknya, saya menggalakkan mereka yang mencapai kemajuan. Kanak-kanak yang tinggal di sini dapat menikmati suasana yang bebas lagi insiatif."

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |