v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Komander yang Bertugas dalam Kerja-Menyelamat semasa Gempa Bumi Berlaku di Sichuan, Encik Liu Xiangyang

2008-10-28 14:28:29 CRI

Pada masa ini, Liu Xiangyang menyandang jawatan Ketua Regimen Kejuruteraan di bawah pimpinan Daerah Ketenteraan BeijingTentera Pembebasan Rakyat China dan juga Naib Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Antarabangsa China (CISAR).

Rakaman yang saya siarkan tadi mencerminkan keadaan berlangsungnya latihan menyelamat tajaan CISAR yang diketuai Liu Xiangyang.

Selepas wilayah Wenchuan Provinsi Sichuan China dilanda gempa yang berukuran 8.0 pada skala Richter pada 12 Mei tahun ini, Liu segera bersama dengan pasukan menyelamatnya tiba di tempat kejadian pada keesokan harinya. Di Hospital Pengubatan Tradisional China Bandar Dujiangyan Sichuan, Liu dan teman sekerjanya melakukan kerja menyelamat secara bersungguh-sungguh selama 3 jam sehingga berjaya menyelamatkan seorang mangsa. Mangsa itu merupakan yang pertama diselamatkan dari gempa itu dan dielakkan diri daripada dipotong anggotanya disebabkan dilakukan kaedah menyelamat yang sesuai.

Kata Liu, menghormati jiwa ditetapkan sebagai matlamat yang paling diutamakan oleh Pasukan Menyelamat Antarabangsa China.

Liu berkata: "Apabila mendapati mangsa yang masih hidup, kami akan menghadapi cabaran bagi sedaya upaya menyelamatkannya dan tidak ingin menyaksikannya meninggal dunia dalam penderitaan. Kami paling sedih jika menyaksikan mereka yang masih hidup dari gempa diragut nyawa semasa proses menyelamat dilakukan. Itu dilihat bagaikan kami terhutang sesuatu."

Ketika menghadapi keadaan yang rumit dalam kerja menyelamat, Liu mengalami ujian yang bermacam ragam. Pada malam 13 mei lalu, semasa melakukan kerja menyelamat di Syarikat Turbin Wap Timur Bhd. di Pekan Hanwang WilayahWenchuan, Liu mengambil kaedah inovasi yang disebut "Cara Menyelamat Bersifat Sangkar" supaya dapat menghapuskan ancaman runtuh berulang.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |