v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Komander yang Bertugas dalam Kerja-Menyelamat semasa Gempa Bumi Berlaku di Sichuan, Encik Liu Xiangyang

2008-10-28 14:28:29 CRI

Kata Yin, "Liu pandai mempelajari teknik menyelamat dan melakukan penyelidikan terhadap operasi serta prosedur bagi segala pasukan. Beliau giat menyempurnakan pembangunan CISAR dan melengkapi pasukan itu dengan peralatan professional. Liu bertindak sebagai teladan kepada teman sekerjanya dan dilihat sebagai wakil gemilang CISAR."

CISAR buat pertama kalinya muncul dalam arena antarabangsa semasa Algeria dilanda gempa bumi pada tahun 2003. Antara 38 pasukan menyelamat, CISAR merupakan antara dua pasukan yang berjaya menyelamatkan mangsa yang hidup dari bencana itu. CISAR juga memenangi pujian daripada mangsa semasa Tsunami melanda Asia Tenggara pada tahun 2004.

Ketika mengenang kembali gempa bumi yang melanda Pakistan pada tahun 2005, Liu berkata bahawa CISAR merupakan yang pertama antara 44 pasukan menyelamat yang tiba di kawasan bencana dan dipilih sebagai pihak penyelaras Pusat Penyelarasan PBB yang bertugas di tempat kejadian.

Kata Liu: "Rakyat tempatan Pakistan bersorak dengan 'Bagus China'. Kami tiba di negara itu dua hari selepas berlakunya gempa, dan penduduk tempatan tidak mendapat makanan sepanjang dua hari itu. Apabila diberi makanan yang diditerjunkan melalui kapal terbang, mereka segera menghantarnya kepada kami. Setelah kami menyelesaikan tugas menyelamat dan berjalan keluar dari tempat kejadian dengan seluruh badan didarahi, penduduk temapatan turut bertepuk tangan dan memelukkan kami dengan sorakan 'China'".

Seorang anggota CISAR, Wen Qingfeng berkata: "Ramai daripada anggota pasukan ini, khususnya ketua kami menghidapi penyakit perut disebabkan pekerjaan ini. Beliau kelihatan sakit sekali kadang-kala. Kami sudah biasa tidak makan selama sehari semalam. Kadang-kala kami berasa amat puas hati jika dapat makan mi segera."

Isteri Liu Xiangyang, Puan Liu Cuihong menceritakan keadaan keluarganya kepada wartawan.

"Anak saya beriri hati apabila nampak kanak-kanak yang berjalan dengan dipegang tangan ibubapa. Padahal, keluarga saya jarang dapat berpeluang diambil gambar bersama-sama."

.----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |