v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Komander yang Bertugas dalam Kerja-Menyelamat semasa Gempa Bumi Berlaku di Sichuan, Encik Liu Xiangyang

2008-10-28 14:28:29 CRI

Kaedah inovasi tersebut dipastikan oleh Pakar dari Jabatan Pentadbiran Gempa Chinam Yin Guanghui.

Kata beliau: "Pada waktu itu, terdapat sejumlah pakar terperangkap dalam runtuhan bangunan. Maka kami mengadakan perbincangan bersama-sama. Liu mengemukakan rancangannya, iaitu menggali terowongan yang menyambung tapak kejadian. Jika gegaran susulan berlaku dan menyebabkan runtuhan bangunan lagi, baik kakitangan penyelamat mahupun para mangsa dapat melindungi diri sendiri daripada runtuhan itu. Rancangan itu sebagai cara terbaik, diterima oleh semua pihak menyelamat termasuk pasukan bomba dan pasukan menyelamat perlombongan."

CISAR ditubuhkan pada bulan April 2001. China tertinggal dalam usaha membangunkan pasukan menyelamat yang professional dan kekurangan bahan pengajaran, piawaian penilaian semasa latihan atau proses menyelamat belum ditetapkan, , asas teknologinya lemah dan pengalaman praktikal tidak mencukupi.

Liu Xiangyang sebagai salah seorang pengasas pasukan itu, diberi tanggungjawab bagi menangani kerja-kerja latihan dan pengelolaan.

Selepas itu, Liu meneruskan pembelajaran dan latihan secara bersungguh-sungguh dalam pelbagai bidang seperti latihan tenaga, pembelajaran teknik, teori dan bahasa Inggeris. Beliau mencatat data dan terjemahan semua kelengkapan menyelamat dalam satu buku kecil yang selalu dibawa bagi dibaca pada bila-bila masa, menubuhkan "talian pentingan belajar" dengan pakar dari jabatan gempa bumi dan geografi bagi meninta pengajaran pada bila-bila masa, menulis 11 buah buku pengajaran yang berkaitan dengan kerja menyelamat yang merupakan buku pertama seumpama itu dalam sejarah China.

Selain itu, CISAR Berjaya mendidik 12 ekor anjing menyelamat yang lulus dalam ujian dan dianugerahi "Sijil Anjing Pencari Peringkat Tinggi". Dengan itu, CISAR juga merupakan pasukan menyelamat yang mempunyai anjing pencari yang kadar lulus ujiannya paling tinggi di dunia. Setakat ini, rekod anjing pencari "Tanpa Kesilapan" dalam operasi mencari mangsa yang hidup dari gempa tetap dipegang CISAR.

Pakar dari Jabatan Pentadbiran Gempa Bumi China, Yin Guanghui menganggap Liu sebagai anggota tunjang bagi CISAR.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |