v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Rakyat  Malaysia Keturunan China Menyumbang Derma bagi Membina Sekolah Rendah di Xinjiang

2008-11-11 10:17:40 CRI

Seorang rakyat Malaysia keturunan China, Encik Chen Chengfa menyumbang derma bagi membina tiga "Sekolah Rendah Harapan" yang menggunakan bahasa Mandarin dan Uygur sebagai bahasa pengantar di bandar Shihezi, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China baru-baru ini.

Pada awal bulan September tahun ini yakni ketika sesi persekolahan baru bermula, di Sekolah Rendah Pertama Ibu Pejabat Perusahaan Pertanian, bandar Shihezi yang terletak di pinggir lembah Zhungeer Xinjiang, bahagian barat laut China, seramai lebih 3,000 guru dan murid daripada pelbagai etnik berkumpul dengan ceria di pekarangan sekolah yang baru dibina seluas lebih 7,000 meter persegi.

Seorang murid dari etnik Uygur yang berumur 11 tahun, Aierkan berkata: "Bangunan sekolah ini indah sekali. Saya suka belajar di sini. Kami berterima kasih kepada Datuk Chen yang menyumbang derma membina sekolah ini dan saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya mencapai kemajuan."

Datuk Chen yang disebut tadi ialah Encik Chen Chengfa, rakyat Malaysia keturunan Cina yang menyumbang dana 900 ribu yuan RMB bagi membina tiga "Sekolah Rendah Harapan" yang menggunakan bahasa Mandarin dan Uygur sebagai bahasa pengantar.

Kenapa Pak Chen dari tempat yang begitu jauh dan sebenarnya tidak ada pertalian langsung dengan murid-murid itu menyumbang derma kepada pihak berkuasa bandar Shihezi bagi membina sekolah rendah?

Seawal tiga tahun lalu, iaitu pada bulan November tahun 2005, Setiausaha Liga Pemuda Bandar kerajaan Shihezi, Puan Gu Jinhua menghadiri satu seminar tajaan kerajaan Bandar Fuzhou, Provinsi Fujian di sebelah tenggara China. Beliau dimaklumi teman secara kebetulan bahawa Chen Chengfa berhasrat untuk menyumbang derma membina sekolah rendah di kawasan terpencil.

Kata Gu: "Setiausaha Liga Pemuda Bandar Fuzhou, Encik Hang Dong memberitahu saya bahawa Pakciknya dan Pak Chen ingin menyumbang derma bagi membina sekolah rendah. Saya juga dimaklumi bahawa Pak Chen seorang perantau China yang mempunyai rasa tanggungjawab dan mempunyai sikap bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja."

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |