v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Rakyat  Malaysia Keturunan China Menyumbang Derma bagi Membina Sekolah Rendah di Xinjiang

2008-11-11 10:17:40 CRI

Beberapa hari selepas itu, Gu Jinhua pulang ke Shihezi dan segera menyampaikan maklumat itu kepada jabatan pendidikan tempatan. Beliau memohon pihak berkuasa untuk menghubungi Chen. Kemudiannya, jabatan pendidikan Shihezi mengirim sepucuk surat kepada Chen yang menjelaskan keadaan pendidikan di kawasan etnik minoriti dan keperluan bagi membina tiga sekolah rendah.

Dengan itu, Chen diberitahu bahawa Shihezi terletak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang mempunyai 47 etnik. Penduduk tempatan tinggal di wilayah yang luas dan keadaan pendidikan tetap mundur disebabkan faktor geografi dan sejarah. Malah, sebahagian sekolah rendah di ladang pertanian dan penternakan yang dibina pada tahun 1960-an dan 1970-an masih digunakan sekarang. Akhirnya, Chen mengambil keputusan untuk menyumbang derma membina sekolah rendah di sana.

Ketika diwawancara wartawan CRI menerusi telefon antarabangsa baru-baru ini, Chen berkata: "Saya sebagai orang Cina yang dilahirkan di Malaysia tetap menganggap China sebagai tempat asal saya. Saya berurusniaga di negara asing sejak masa muda. China masih miskin pada waktu itu. Saya mengharapkan China berkembang maju kerana orang Cina selalu berhadapan dengan diskriminasi."

Padahal, Pak Chen bernasib mengenali Xinjiang pada tahun 2003, iaitu ketika beliau melancong di Turpan, Xinjiang yang terkenal dengan pemandangan yang indah. Beliau mendapati sejumlah penduduk tempatan hanya bertutur bahasa etnik dan tidak mampu bertutur bahasa Mandarin. Pak Chen berasa kesal kerana sebagai orang Cina yang berada dalam sebuah negara, mereka tidak dapat berkomunikasi secara langsung dan terpaksa berhubung menerusi bantuan daripada penterjemah. Maka, timbullahhasratnya bagi membina sekolah yang disediakan kursus dua bahasa.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |