v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Rakyat  Malaysia Keturunan China Menyumbang Derma bagi Membina Sekolah Rendah di Xinjiang

2008-11-11 10:17:40 CRI

Pak Chen berkata: "Saya telah mengunjungi Xinjiang 4 tahun lalu. Saya mengambil berat pendidikan terhadap kaum etnik minoriti dan mengharapkan mereka mempelajari kebudayaan tradisional China. Jika kaum etnik minoriti gagal berkomunikasi dengan rakyat dari etnik lain, bagaimana boleh negara ini boleh berkembang maju?"

Pada 18 April 2006, pihak berkuasa Shihezi mendapatkan "Surat Perjanjian Menyumbang" yang ditandatangani Pak Chen yang menyebut bahawa beliau menyumbang dana 900 ribu yuan RMB bagi membina tiga sekolah rendah di Shihezi. Selain itu, Pak Chen juga menyatakan hasrat selanjutnya bagi menyumbang lebih jika berkemampuan pada masa yang akan datang.

Ketiga-tiga "Sekolah Rendah Harapan" tersebut telah selesai dibina baru-baru ini atas sumbangan daripada Pak Chen. Beliau telah menfeks tahniah kepada pihak pengelola sekolah tentang perkara itu. Sejumlah guru dan murid yang berpindah ke sekolah baru menyampaikan rasa terima kasih kepada Pak Chen menerusi telefon antarabangsa.

Seorang murid tahun empat dari etnik Hui, Ma Xiaolin berkata: "Saya akan mengikuti pembelajaran secara bersungguh-sungguh pada masa depan supaya dapat membalas budi datuk Chen. Waktu besar nanti, saya akan mencontohi datuk Chen yang menghulurkan bantuan ke mana-mana tempat yang mengalami kesulitan."

Para guru dan murid juga mengajak Pak Chen melancong lagi ke Xinjiang. Kata mereka semasa berbual-bual menerusi telefon jarak jauh: "Pak Chen, saya menanti-nantikan anda mengunjungi lagi bandar Shihezi untuk menyaksikan sekolah baru dan menziarahi murid-murid sini."

Kata Pak Chen: "Ok, boleh."

Kata seorang guru: "Semogo kerjaya anda berkembang semakin maju."

Pak Chen berkata: "Terima kasih. Saya ingin memberitahu anda bahawa seandainya pihak sekolah memerlukan bantuan, anda boleh menghantar faks kepada saya, saya masih boleh membantu lagi."

DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |