Datuk Wang Zhi sudah berumur 75 tahun. Pada tahun 1994, beliau bersara daripada jawatan Naib Ketua Balai Budaya Kaunti Jing Anhui dan pulang ke kampung halamannya di Kampung Gufeng, Pekan Changqiao. Oleh sebab hafaz pengetahuan undang-undang, Wang Zhi diundang pos polis tempatan sebagai penasihat di segi undang-undang bagi membantu pihaknya menangani kes-kes jenayah remeja.

Seorang peserta perempuan , Liu Dan, 16 tahun, sudah lama tinggal di pusat perkhidmatan kanak-kanak tajaan Wang Zhi. Ibubapa Liu Dan sudah meninggalkan kampung mereka dalam tempoh sekian lama kerana mendapat pekerjaan di tempat lain. Ibu kepada Liu Dan, Puan Bai Xiaohong berkata: "Keselamatannya terjamin jika tinggal di sini. Anak saya sudah besar, usianya sudah 16 tahun. Kami sebagai ibubapa kepadanya bimbang jika dia mengalami masalah yang macam-macam. Selepas dihantar ke pusat ini, anak saya mendapatkan penjagaan baik di segi pelajaran mahupun di segi keselamatan. Jika tetap tinggal di rumah sendiri seperti masa dahulu, dia perlu mengayuh basikal sepanjang kira-kira 3 kilometer untuk tiba di sekolah. Kami bimbang keselamatannya sepanjang perjalanan tersebut."
Liu Dan sudah menamatkan persekolahannya di sekolah menengah rendah dan memulakan persekolahan peringkat sekolah menengah tinggi di pekan pada September lalu. Ketika mengatakan rasanya semasa tinggal di pusat perkhidmatan kanak-kanak, Liu Dan menganggapnya sebagai kenangan yang seronok.
1 2 3
|