v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kehidupan Wang Zhi sesudah Bersara

2008-11-25 14:24:27 CRI

Dengan demikian, Wang Zhi memutuskan untuk membina sebuah pusat perkhidmatan untuk kanak-kanak tanpa penjagaan ibubapa dengan menyediakan bantuan di segi pelajaran dan kehidupan harian.

Pada musim panas tahun 1998, Wang Zhi bersikap cuba-cuba mengendalikan sekali kem musim panas yang disertai lebih sepuluh kanak-kanak. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan mereka melakukan kerja rumah dan hobi. Kesannya tercapai apabila aktiviti itu ditamatkan. Pada tahun berikutnya, Wang Zhi memperluas lingkungan kem musim panas itu dengan menampung lebih 100 orang kanak-kanak kerana ibubapa mereka yakin dan menyokong usaha yang dilakukan Wang Zhi.

Berdasarkan pengalaman yang ditimba semasa pelaksaaan kem musim panas untuk dua kali, Wang Zhi amat digalakkan. Pada tahun 2001, atas bantuan dan sokongan daripada kerajaan tempatan serta anggota keluarganya, beliau menggunakan bangunan di satu kilang yang terbiar membuka satu pusat perkhidmatan untuk kanak-kanak tanpa penjagaan ibubapa dengan perbelanjaan peribadinya berjumlah berpuluh ribu yuan RMB.

Pusat Perkhdimatan Kanak-kanak tersebut dikelolah secara tertutup mengikut peraturan yang ketat. Kanak-kanak peserta perlu mengikuti kursus belajar dengan sendiri pada sebelah pagi dan malah, mengikuti sistem belajar, berehat dan tidur yang ditetapkan dan mendaftar nama apabila masuk dan keluar dari pusat itu. Keselamatan waktu malam di pusat itu terkawal dengan dijaga kakitangan secara bergilir.

Pusat itu telah menggaji lima orang guru untuk membantu kanak-kanak di segi persekolahan dan empat orang pekerja lagi untuk mengendalikan urusan logistik. Kemudahan dan kelengkapan yang beragam macam disediakan di pusat itu yang meliputi perpustakaan, komputer, mesin kopi, mesin cetak, kamera video, catur dan bola.

Pada setiap bulan, pihak penganjur pusat itu akan mengadakan penilaian terhadap kanak-kanak peserta dan menganugerahi mereka yang mencapai hasil cemerlang dengan hadiah dan bonus. Selain menyediakan bantuan di segi pelajaran, pihak penganjur pusat itu juga membantu kanak-kanak mengembangkan hobi yang berbeza-beza supaya mengisi masa lapang mereka dengan cara yang bermanfaat.

Seorang lagi peserta perempuan yang mengikuti program di pusat kanak-kanak, Zhu Wenzhi telah lulus ujian bagi melayakkan diri melanjutkan pengajian di peringkat universiti. Sebelum diterima pusat kanak-kanak, Zhu Wenzhi selalu tertinggal pada aspek persekolahan. Setelah berpindah ke pusat kanak-kanak, dia cepat mencapai kemajuan disebabkan kehidupan harian teratur dan kaedah pelajarannya amat diperbaiki.

Wang Zhi berkata: "Terlebih dahulu, saya mengajar mereka tentang peradaban dan moral, seterusnya kaedah bagi meningkatkan hasil persekolahan. Saya mengambil kira usaha terhadap kedua-dua aspek tersebut dan akan mengkritik mereka yang membuat kesalahan. Sebaliknya, saya menggalakkan mereka yang mencapai kemajuan. Kanak-kanak yang tinggal di sini dapat menikmati suasana yang bebas lagi insiatif."

----DAZHONG


1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |