v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kehidupan Wang Zhi sesudah Bersara

2008-11-25 14:24:27 CRI

Liu berkata: "Padahal, kami dapat menikmati kehidupan yang baik semasa tinggal di sini. Saya dapat mengenali ramai kawan dan kami saling membantu dan mudah memahami masalah yang wujud antara satu sama lain. Kami bukan sahaja bersama-sama membincangkan masalah persekolahan, tetapi juga melakukan perbualan mengenai masalah peribadi dalam suasana yang mesra. Rasanya seolah-olah berada di rumah sendiri."

Datuk Wang Zhi tinggal di Kaunti Jing, Provinsi Anhui di bahagian tengah China. Kaunti itu terletak di kawasan pergunungan yang diselimuti hutan purba. Dengan tidak berkira usia lanjutnya, Wang Zhi mengeluarkan bantuan yang mesra kepada kanak-kanak tanpa penjagaan ibubapa di kawasan desa yang dihuninya. Kasih sayang yang dihulurkan Wang Zhi memang menakjubkkan.

Semasa pelaksanaan tugas itu, Wang Zhi mendapati bahawa terdapat semakin ramai kanak-kanak tanpa penjagaan berikutan ibubapa mereka berhijrah ke bandar mencari rezeki. Kanak-kanak yang mengalami keadaan seumpama itu kekurangan penjagaan dan kasih sayang sehingga menyebabkan hasil pelajaran mereka tidak memuaskan dan selalu menunjukkan tingkah laku yang tidak beradab, malah melakukan kes kecil yang melanggar peraturan keselamatan am.

Wang Zhi berkata: "Oleh sebab kekurangan pengetahuan tentang kemajuan zaman dan perkembangan sosial, datuk nenek mereka yang sudah lanjut usia susah melakukan komunikasi dan bergaul dengan kanak-kanak tersebut sehingga gagal menjaga mereka dengan baik. Sedangkan pihak sekolah hanya bertanggungjawab menjaga mereka semasa bersekolah dan tanggungjawab itu terlepas apabila persekolahan berakhir. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut mempunyai masa 2/3 daripada sepanjang hari sebagai masa lapang yang dapat digunakan mereka diri sendiri."

Setelah mendapati keadaan tersebut, Wang Zhi berasa sakit hati dan kebimbangannya meningkat. Berdasarkan pengalaman kerja di peringkat akar umbi dalam bidang urusan budaya, Wang Zhi berpendapat bahawa kanak-kanak ibarat semai, akarnya tepat bertumbuh, barulah dapat besar menjadi pokok yang elok, iaitu pendidikan terhadap kanak-kanak perlu ditumpukan perhatian secara tepat.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |