v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wilayah Autonomi Hui Ningxia China Berusaha Melindungi Warisan Budaya Bukan Benda
2008-08-28 18:18:49 CRI

Wilayah Autonomi Hui Ningxia merupakan salah satu daripada 5 wilayah autonomi di China. Walaupun taraf pertumbuhan ekonomi di wilayah tersebut masih kurang maju berbanding dengan kawasan-kawasan di bahagian timur China, tetapi kebudayaan di wilayah itu agak unik dalam sejarah dan cemerlang. Ningxia merupakan kawasan kediaman secara berkelompok bagi umat Islam etnik Hui di China. Kebudayaan Xixia, tamadun Sungai Kuning dan kebudayaan Islam etnik Hui di wilayah itu ada cemerlang. Warisan budaya bukan benda Ningxia amat pelbagai. Menurut statistik, terdapat kira-kira 100 jenis warisan budaya bukan benda di 20 buah bandar dan kaunti di wilayah tersebut termasuk nyanyian Huaer, sulaman dan wayang kulit. Sebanyak 31 kesenian tersebut telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda Ningxia.

Pengarah Pusat Perlindungan Warisan Kebudayaan Bukan Benda Ningxia, Le Zongwei mengenakan piawaian terhadap kesenian-kesenian tersebut untuk disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda. Beliau berkata, "Kesenian itu perlu diwarisi secara turun-temurun dan dapat mempengaruhi kehidupan rakyat. Penduduk etnik Hui merupakan penduduk majoriti di Ningxia, maka kesenian tersebut perlu berkaitan rapat dengan kehidupan penduduk etnik Hui."

Menurut beliau, warisan budaya bukan benda di Ningxia terdapat kira-kira 100 jenis dalam 7 kategori. Kira-kira 150 ribu orang seniman berusaha mengembangkan kesenian-kesenian tersebut. Terdapat 31 jenis kesenian disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda kumpulan pertama termasuk lukisan, kesenian guntingan kertas dan ukiran bata.

Kerajaan berusaha mewujudkan mekanisme yang berkesan untuk melindungi warisan budaya bukan benda. Pusat Perlindungan dan Pengkajian Warisan Budaya Bukan Benda Ningxia telah menjadikan lebih 10 buah tempat sebagai pusat perlindungan warisan budaya bukan benda yang penting termasuk Taman Kebudayaan Hui China, Kedai Kesenian Tanah dan Tembikar Yang Dawu serta keluarga Ma Haojiaqiao Lingwu.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |