v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wilayah Autonomi Hui Ningxia China Berusaha Melindungi Warisan Budaya Bukan Benda
2008-08-28 18:18:49 CRI

Ramai remaja tidak mengetahui kesenian yang istimewa di Ningxia seperti nyanyian Huaer, alat muzik tiupan yang diletakkan dalam mulut, sulaman, lukisan guntingan kertas dan wayang kulit. Kalau kesenian-kesenian tersebut tidak dilindungi dan diwarisi dengan segera, ia mungkin akan pupus dalam beberapa puluh tahun akan datang.

Kesenian nyanyian Huaer agak popular di kawasan Liu Panshan Ningxia. Kesenian itu menggabungkan muzik kalangan rakyat tempatan dengan muzik tradisi Islam. Pemuda etnik Hui agak berminat terhadap kesenian itu. Pada masa dahulu, pemuda etnik Hui tidak akan menyanyi Huaer di depan warga emas dan kanak-kanak kerana dianggap tidak sopan. Kini, fikiran penduduk etnik Hui lebih terbuka. Jumlah penggemar kesenian Huaer semakin bertambah. Badan kebudayaan Ningxia berusaha mewarisi dan melindungi kesenian Huaer. Mereka menjemput ahli seni warga emas yang tersohor untuk membuat persembahan dan dirakamkan. Selain itu, 8 buah kampung dijadikan sebagai pusat warisan kesenian Huaer. Sekolah-sekolah di Ningxia telah memasukkan kesenian itu dalam kurikulum, malahan Taman Kebudayan Hui China telah menyediakan pameran dan pusat latihan kesenian Huaer.

Penduduk etnik Hui Ningxia gemar untuk bermain sejenis alat muzik tiupan. Alat muzik yang berbagai-bagai jenisnya itu disebut sebagai "Wawu" dalam kalangan rakyat wilayah tersebut. Wawu berkaitan rapat dengan kehidupan dan pekerjaan penduduk etnik Hui Ningxia. Tetapi pada masa sekarang, jarang terdapat seniman yang mahir bermain alat muzik tersebut. Badan kebudayaan Ningxia telah menjalankan kajian terhadap kesenian tersebut dan menjemput beberapa seniman yang tersohor untuk dirakamkan. Selain itu, beberapa kampung telah dijadikan sebagai pusat warisan kesenian tersebut.

Seni ukir batu Helan Ningxia telah diwarisi lebih seribu tahun. Jumlah pakar yang mahir seni ukir itu amat berkurang pada masa sekarang. Oleh itu, banyak kilang menggunakan mesin untuk mengukir batu. Badan-badan kesenian di Ningxia juga berusaha melindungi seni tersebut.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |